View: 1239|Reply: 0
|
Mercedes rancang tawan Litar Jeddah
[Copy link]
|
|
MERCEDES bersedia dengan jentera terbaik untuk menawan Litar Jeddah pada saingan GP Arab Saudi pada 6 Disember nanti. – AFP
Mercedes rancang tawan Litar Jeddah
LOSAIL – Prinsipal pasukan Mercedes, Toto Wolff memberi ancaman kepada seterunya Red Bull bahawa mereka akan turun dengan enjin ‘roket’ sekali lagi menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Arab Saudi 6 Disember nanti.
Seperti diketahui, Mercedes dan Red Bull sedang bersaing sengit untuk merebut gelaran dunia kategori pemandu dan juga kategori pengeluar.
Ketika ini, saingan F1 semakin panas menjelang dua baki pusingan terakhir Formula Satu (F1) selepas pemandu utama Mercedes, Lewis Hamilton kini hanya dipisahkan lapan mata dengan Max Verstappen yang sedang mendahului kejuaraan untuk memburu gelaran dunia sulungnya.
Bagaimanapun, laluan lurus yang banyak di litar jalan raya di Jeddah bakal memberi kelebihan kepada Mercedes untuk memburu kemenangan hatrik mereka musim ini.
“Arab Saudi (Litar Jeddah) seharusnya menjadi trek terbaik bagi Mercedes untuk tampil dengan cemerlang. Kami tahu ia akan menjadi tugas sukar, namun ia bukan satu misi yang mustahil.
“Apapun, kami akan mengeluarkan peralatan terbaik (enjin) menjelang perlumbaan di Arab Saudi, kami belum gunakannya lagi ketika di Qatar.
“Saya pikir kami harus berjuang habis-habisan dan mengejar Red Bull untuk terus meraih mata penting. Itulah yang akan kami lakukan,” tegas Wolff.
Wolff turut menegaskan, kali ini mereka mempunyai jentera terbaik dan mampu melakukan kejutan dalam baki dua pusingan nanti.
“Saya rasa jentera kami sangat pantas di laluan lurus dan juga baik di selekoh. Saya harap keadaan tersebut dapat membantu kedua-dua pemandu kami,” tambahnya.
– AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... tawan-litar-jeddah/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|