Post Last Edit by choolakaw at 4-9-2010 07:53
tgk dok google jumpa novel nih bacer sinopsis mmg nover bercorak keislaman...ader sesiapa kat sini pernah bacer tak novel nihh .....boleh bagi review tak .....
Denyut Kasih Medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan, bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nantikan satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik. |