CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 389|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Laluan berhampiran Jeram Toi masih selamat dilalui

[Copy link]
Post time 3-1-2022 11:11 AM | Show all posts |Read mode

JKR sudah membuat pemeriksaan dan mendapati tiada pergerakan atau keretakan ke atas tiang sambut jambatan FT086 berhampiran Jeram Toi. - Foto FB JKR Negeri Sembilan

JELEBU - Laluan di jambatan tiang sambut FT086 berhampiran Jeram Toi, dekat sini masih selamat dilalui oleh semua kenderaan, kata Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan, Ir Wan Hasnan Wan Musa.

Beliau berkata, pihaknya telah ke lokasi kejadian dan menjalankan pemeriksaan di kawasan tersebut serta mendapati tiada pergerakan atau keretakan ke atas tiang sambut jambatan berkenaan.

"Justeru, orang ramai diminta tidak menyebar dan berkongsi berita yang belum ditentukan sahih bagi mengelak situasi panik dalam kalangan orang ramai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Isnin.

Jelasnya, pihak JKR akan sentiasa memantau situasi jambatan itu dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh melayari Facebook rasmi JKR Negeri Sembilan bagi mendapatkan maklumat seperti penutupan jalan dan tanah runtuh.

Beliau mengulas gambar yang tular di media sosial mengenai satu tiang sambut jambatan yang dikatakan mengalami kesan akibat hakisan tanah di Jeram Toi.-- Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... sih-selamat-dilalui
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Comments

thread dah ada sebelum ni  Post time 3-1-2022 08:46 PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.070705 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list