View: 1635|Reply: 10
|
"Kalaulah Dia Tanya 'Pakcik Ok Ke' Mungkin Boleh..." - Dr Say
[Copy link]
|
|
Doktor dan pengacara Dr Say Shazril turut meluahkann rasa kecewanya tentang insiden sebuah video mendakwa lelaki mabuk menjadi punca lori dipandunya terbabit kemalangan tular sejak kelmarin.
Menurut Dr Say, serangan jantung sebenarnya tidak boleh dipandang ringan atau dibuat main.
Kredit foto: IG Dr Say
"Tanpa asal usul beliau dituduh mabuk dan tiada sebarang pertolongan diberikan kepada beliau. Kalau diamati video ni, nampak betapa dalam kesakitannya pemandu itu sambil dia ber-grunting in pain dan tangan kiri memegang dada kirinya.
"Saya faham orang biasa mungkin tak tangkap apa yg dialami pemandu itu, tetapi perlukah menghukum beliau sebegitu?
"Kalaulah wanita tersebut bertanya “pakcik ok ke? Nak saya panggil ambulans?” instead of menuduh pakcik tu, mungkin beliau boleh diselamatkan sebab when it comes to sakit jantung atau angin ahmar, masa itu emas. Inalillah pemandu tersebut telah meninggal dunia," tulisnya kecewa.
Jelasnya, sekiranya wanita itu bertanya keadaan pakcik tersebut atau segera memanggil ambulans, berkemungkin mangsa boleh diselamatkan.
"ertama jangan menghukum orang dan nombor dua didik diri belajar tentang pembunuh nombor satu dalam tempoh 20 tahun iaitu penyakit jantung," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar menegaskan dakwaan tersebut pemandu mabuk tidak benar, sebaliknya lelaki itu mengalami serangan jantung dan disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital.
“Pada jam 12.09 tengah hari sama, lelaki itu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat 'myocardial infarction' (serangan jantung)," katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam pada itu, sepasang suami isteri yang dikecam teruk selepas didakwa merakam kejadian itu tampil memohon maaf.
Menurut mereka, dia dan isterinya hanyalah mangsa keadaan dan video itu hanya dimuat naik selepas ia tersebar di aplikasi WhatsApp.
Sumber: GEMPAK
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kalaulah wanita tersebut bertanya “pakcik ok ke? Nak saya panggil ambulans?” instead of menuduh pakcik tu, mungkin beliau boleh diselamatkan sebab when it comes to sakit jantung atau angin ahmar, masa itu emas. Inalillah pemandu tersebut telah meninggal dunia," tulisnya kecewa.
tak ada istilah "kalaulah.. dia mungkin/pasti boleh diselamatkan.."bila melibatkan urusan ajal maut. Allah dah tetapkan masa kematian kita tak pernah lewat tak pernah cepat.
kita cuma boleh kata kalaulah perempuan tu tak fitnah, nama pakcik ni tak buruk, keluarga tak sakit hati.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebahagian netizen malaysia cam tu le....semua suka cakap lepas je....mengumpat & fitnah..dosa free je
|
|
|
|
|
|
|
|
ai tak sanggup tengok bideo tu
kalo pakcik tu ok, mesti dia dah jawap pompuan tu
pakcik tu hanya pandang gitu je mcm menahan sesuatu |
|
|
|
|
|
|
|
Yg post video tu menafikan dia yg rakam..padahal suara dia dlm video tuduhan mabuk dgn video penafian tu sama je..salam takziah utk keluarga pakcik pemandu lori |
|
|
|
|
|
|
|
mamichik replied at 6-1-2022 03:26 PM
"Kalaulah wanita tersebut bertanya “pakcik ok ke? Nak saya panggil ambulans?” instead of menuduh p ...
Setuju..
Dah tertulis kematian pak cik nie seperti itu.
Cumenye skang terpalit cite x best |
|
|
|
|
|
|
|
Ada je la dr.say ni menempel kalau ada apa2 isu. terpaling lajulah dia terduduk peeps |
|
|
|
|
|
|
|
Masa tgk video ni..kaka seriau tgk Minah tu merekod sambil jalan kat depan Lori tu semata2 nk tunjuk kete kt sebelah tepi yg dh kemek
Andai arwah driver tu Tertelan minyak..dgn ko sekali gol |
|
|
|
|
|
|
|
achinto replied at 7-1-2022 06:26 PM
Ada je la dr.say ni menempel kalau ada apa2 isu. terpaling lajulah dia terduduk peeps
Itula..dh mcm si caprice mat kepoh tu..nk membawang jugekssss..
Jaga jela ank tu..kata autism la Itu la ini la..bapak xhbs2 HP kt tgn.. |
|
|
|
|
|
|
|
noreen sangat perangai. ko tu sihat tapi macam takde otak jah bukan nak menolong pon pakcik tu hah noreen? |
|
|
|
|
|
|
|
sampai sekarang rasa sedih bila video ni lalu.
semoga syurga tempat pakcik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|