View: 557|Reply: 0
|
Taliban arah peniaga potong kepala boneka pakaian
[Copy link]
|
|
KEPALA boneka pakaian. FOTO AFP
Kabul: Taliban didakwa mengarahkan pemilik kedai di barat Afghanistan untuk memotong kepala boneka pakaian (mannequin) dengan alasan ciptaan seperti bentuk manusia melanggar undang-undang Islam.
Klip video yang menunjukkan lelaki menggergaji kepala patung di kedai di Herat, tular di media sosial, lapor AFP.
Sejak kembali berkuasa pada bulan Ogos, Taliban melaksanakan undang-undang Islam.
Perkara itu disahkan kepada AFP oleh ketua kementerian promosi kebajikan dan pencegahan maksiat di Herat, Aziz Rahman.
Beberapa pekedai cuba melanggar perintah membuang kepala patung dengan menutupnya dengan selendang atau beg, tetapi Aziz berkata, itu masih belum cukup.
"Sekiranya mereka hanya menutup kepala atau menyembunyikan keseluruhan patung, malaikat tidak akan memasuki kedai atau rumah dan memberkati mereka," katanya.
Beberapa pekedai di bandar yang mempunyai kira-kira 600,000 penduduk itu marah dengan arahan itu.
"Seperti yang anda lihat, kami sudah memotong kepala patung.
"Apabila tiada boneka pakaian, bagaimana anda mengharapkan kami menjual produk kami? Pelanggan suka apabila pakaian itu disarungkan dengan betul pada patung"," kata seorang penjual pakaian, Basheer Ahmed, sambil menambah setiap boneka berharga sekitar AS$50 (kira-kira RM210).
Selepas kembali berkuasa pada 15 Ogos, Taliban menjanjikan gaya pemerintahan yang lebih lembut berbanding peraturan keras ketika tempoh pertama mereka berkuasa dari 1996 hingga 2001.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|