View: 562|Reply: 0
|
Presiden Kazakhstan arah 'tembak mati tanpa amaran'
[Copy link]
|
|
PENUNJUK perasaan bertempur dengan polis di Almaty. FOTO EPA
Almaty: Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev pada Jumaat menolak pelawaan untuk mengadakan rundingan dengan penunjuk perasaan susulan insiden pergolakan, malah berikrar menghapuskan penyerang bersenjata dengan memberi kuasa kepada pasukannya untuk menembak mati tanpa amaran.
Dalam ucapan bernada keras, Tokayev turut menzahirkan terima kasih khas kepada Presiden Rusia Vladimir Putin selepas pakatan tentera yang diketuai Moscow menghantar tentera ke Kazakhstan untuk membantu meredakan pergolakan.
Menurut salah seorang wartawan AFP, pasukan keselamatan sudah menyekat kawasan strategik Almaty, bandar terbesar di negara itu dan pusat keganasan, baru-baru ini, selain dan melepaskan tembakan ke udara jika ada sesiapa yang menghampiri.
Di tempat lain bandar itu diibaratkan seperti bandar berhantu dengan bank, pasar raya dan restoran ditutup.
Beberapa kedai kecil yang masih dibuka hampir kehabisan makanan.
Tokayev berkata, kebanyakan kerosakan di seluruh negara sudah dipulihkan selepas protes minggu ini dan harga bahan api meningkat kesan insiden keganasan yang meluas.
"Pengganas terus merosakkan harta benda... dan menggunakan senjata terhadap orang awam. Saya sudah memberi arahan kepada pihak berkuasa untuk menembak mati tanpa amaran," kata Tokayev dalam ucapan ketiganya di televisyen minggu ini.
Tokayev turut menyifatkan desakan daripada negara luar untuk rundingan sebagai mengarut.
"Kami berhadapan dengan penyerang bersenjata dan terlatih, baik tempatan mahupun asing. Mereka mesti dihapuskan. Ini akan dilakukan tidak lama lagi," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|