CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 489|Reply: 0

Iran didakwa menyeludup senjata ke Yaman

[Copy link]
Post time 9-1-2022 02:18 PM | Show all posts |Read mode

Senjata yang dirampas dipercayai diseludup dari Iran ke Yaman. FOTO AFP

WASHINGTON: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendapati beribu-ribu senjata yang dirampas di Laut Arab berkemungkinan dibawa dari satu pelabuhan di Iran, sekali gus menjadi bukti Tehran mengeksport senjata ke Yaman dan tempat lain.

The Wall Street Journal memetik laporan sulit panel pakar Majlis Keselamatan PBB mengenai Yaman, melaporkan bot dan pengangkutan darat digunakan untuk menyeludup senjata buatan Russia, China dan Iran ke Yaman.

Senjata itu termasuk pelancar roket, mesingan dan senapang penembak tepat, yang dirampas Tentera Laut AS beberapa bulan lalu.

Laporan PBB itu menyebut, bot digunakan untuk mengangkut senjata berlepas dari pelabuhan Jask di tenggara Iran, berdasarkan temu bual dengan kru bot dan data daripada navigasi kapal.

Sementara itu, timbalan menteri penerangan kumpulan pemberontak Yaman menafikan Iran menyeludup senjata ke negara itu, manakala Tehran berkata senjata itu tidak dijual atau dibawa ke negara bertelagah itu.

Amerika Syarikat (AS) serta Arab Saudi yang mengetuai pakatan tentera menyokong kerajaan Yaman sebelum ini menuduh Iran membekalkan senjata kepada Houthi, tetapi dinafikan Tehran.

Yaman dilanda perang saudara sejak tahun 2014 manakala pemberontak Houthi yang disokong Iran menentang kerajaan diiktiraf antarabangsa, mendorong PBB mengenakan sekatan senjata ke atas Houthi pada tahun 2015.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pertempuran di Yaman menyaksikan tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi melakukan serangan udara ke atas ibu kota yang dikuasai pemberontak Sanaa.

Riyadh menegaskan campur tangan di Yaman sejak tahun 2015 bertujuan menghalang sekutu Iran mengancam kedaulatan Arab Saudi.

PBB menganggarkan perang Yaman akan membunuh 377,000 orang secara langsung atau tidak pada akhir tahun ini. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.045058 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list