CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 583|Reply: 0

Hamas tahan suspek pembunuh pensyarah Palestin

[Copy link]
Post time 10-1-2022 03:47 PM | Show all posts |Read mode

Dr Fadi M R Albatsh Fatma.

Gaza: Seorang suspek ditahan kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang pensyarah Palestin di Malaysia pada 2018.

Ia menurut Kementerian Dalam Negeri di bawah Hamas, pada Ahad, lapor Agensi Anadolu

Pada April 2018, Dr Fadi M R Albatsh Fatma yang juga seorang jurutera penyelidik dan dipercayai mempunyai kaitan dengan Hamas ditembak mati berhampiran rumahnya di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, oleh dua lelaki bersenjata yang kemudian melarikan diri dari tempat kejadian.

Walaupun keluarganya menuduh agensi perisik Israel Mossad melakukan pembunuhan itu, Menteri Pertahanan Israel ketika itu, Avigdor Lieberman menafikan pembabitan Israel dalam pembunuhan berkenaan.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Iyad al-Buzom dalam sidang media di bandar Gaza memaklumkan suspek mengaku dia direkrut oleh Mossad.

Media Israel menggambarkan Fadi sebagai seorang jurutera Hamas dan pakar dalam pembuatan dron dan membayangkan kemungkinan Mossad sudah memainkan peranan dalam kematiannya.

Israel dipercayai membunuh ramai aktivis Palestin sebelum ini, dengan kebanyakan daripadanya berada di luar negara.

Pada 1997, ejen Mossad melakukan cubaan namun gagal untuk membunuh ketua politik Hamas Khaled Meshaal di Jordan dengan menyembur racun ke telinganya.

Mossad juga dipercayai menjadi dalang pembunuhan komander tertinggi Hamas Mahmud al-Mabhuh di sebuah hotel di Dubai pada 2010.

Sementara itu, Israel tidak pernah mengesahkan atau menafikan pembabitannya dalam pembunuhan Mabhuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.041595 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list