SICHUAN: Polis di Sichuan Barat, China baru-baru ini menerima satu besen sup kambing sebagai “hadiah” daripada pemilik kambing yang telah mendapatkan kembali tiga ekor kambingnya yang hilang daripada pihak polis.
Pada Jumaat lalu, polis mendapat laporan tiga ekor kambing yang hilang ditemui berhampiran lebuh raya.
Mereka bertindak mengambilnya dan membawa balik kambing itu ke balai.
Dengan bantuan seorang penduduk kampung, polis menyerahkan semula kambing itu kepada Zeng, pemiliknya yang mengatakan telah menternaknya selama lebih tiga tahun.
Selang sehari selepas tiga kambingnya dikembalikan, Zeng membawa sebesen sup kambing ke balai polis untuk mengucapkan terima kasih kerana menemui kambingnya.
Menurut Global Times, tiga ekor kambing itu bernilai ribuan yuan seekor.
|