TOKYO: Empat wanita berusia 80-an meninggal dunia di Tokyo selepas tercekik kek beras yang digelar “mochi”.
Kek ini secara tradisinya dimakan pada permulaan tahun baharu, kata Jabatan Bomba Tokyo.
Mereka merupakan antara 16 pemakan mochi yang dikejarkan ke hospital pada 1 Januari dan 2 Januari 2022 di Tokyo.
Menurut Asahi Shimbun, 11 daripada mereka yang dimasukkan ke hospital berumur 80-an, empat dalam 90-an atau lebih, dan seorang di bawah 40-an.
Setiap tahun menjelang cuti tahun baharu, Polis Negara dan Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana menggesa ibu bapa khususnya golongan warga tua agar berhati-hati ketika memakan mochi.
Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai agar memotong mochi mereka menjadi kepingan kecil dan memakannya dengan berhati-hati dan di hadapan orang lain bagi mengelak keadaan yang tidak diingini berlaku.
sarawakvoice.com/2022/01/10
|