View: 536|Reply: 0
|
Traktor pandu sendiri, kawal guna telefon bimbit
[Copy link]
|
|
8R mampu beroperasi selama 24 jam sehari. FOTO Agensi
New York: Traktor pandu sendiri yang mampu dikawal hanya menggunakan telefon bimbit.
Traktor pertama seumpamanya di dunia itu dihasilkan syarikat peralatan pertanian gergasi, John Deere.
Daily Mail melaporkan, traktor dinamakan 8R itu mampu beroperasi selama 24 jam sehari.
Syarikat pengeluar itu turut mendedahkan penghasilan berkenaan pada hari pertama Pameran Elektronik Pengguna (CES) yang berlangsung di Las Vegas.
Beberapa petani di Amerika Syarikat (AS) sudah menguji traktor dibangunkan firma itu sejak 2019 yang mana dilihat sebagai satu daripada cara untuk menangani kekurangan kakitangan.
Traktor 8R itu juga dilengkapi dengan enam pasang kamera dan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang membolehkannya menyemak kedudukan secara terperinci dan berhenti sekiranya mengesan haiwan atau objek di laluannya.
John Deere berkata, kamera dan komputer untuk pembajakan secara automatik boleh dipasang pada traktor sedia ada itu hanya dalam masa sehari.
Katanya, pihaknya akan membekalkan sehingga 20 mesin pada tahun ini, dengan pengeluaran dipertingkatkan pada tahun-tahun akan datang.
Namun, firma itu masih belum memutuskan sama ada traktor itu akan dijual terus atau ditawarkan sebagai langganan.
Walaupun John Deere masih belum mengumumkan harga rasmi traktor itu, beberapa wakil firma berkenaan menjangkakan ia adalah kira-kira 10 peratus daripada kos peralatan atau hampir AS$50,000 (RM210,105) apabila dipasarkan.
Kesatuan Kebangsaan Peladang United Kingdom (UK) menyambut baik perkembangan berkenaan dan Naib Presidennya, Tom Bradshaw meramalkan suatu masa depan yang mana pengendali mampu mengawal kumpulan kenderaan robotik yang bekerja di lapangan sebaik sahaja harga turun.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|