CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 566|Reply: 0

Seoul diselubungi jerebu tebal berbahaya

[Copy link]
Post time 11-1-2022 02:44 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan bandaraya Seoul yang diselubungi habuk berbahaya sejak awal pagi kelmarin. - Foto AGENSI

SEOUL: Ibu negara Korea Selatan, Seoul diselubungi jerebu tebal berbahaya yang memaksa kerajaan mengeluarkan arahan kecemasan berwaspada buat pertama kali bagi tahun ini.

Akhbar The Korean Herald memetik kenyataan Pejabat Pengurusan Kualiti Udara Metropolitan (MAMO) berkata, tahap ketumpatan habuk ultra halus di Seoul, Wilayah Gyeonggi dan Wilayah Chuncheong Selatan diunjurkan sangat teruk dengan sukatan 76 mikrogram setiap meter padu.

MAMO mengeluarkan arahan kecemasan pada jam 6 pagi kelmarin untuk mengurangkan operasi di tapak pembinaan dan jumlah kenderaan di kawasan terbabit.

Langkah-langkah berjaga-jaga itu berkuat kuasa sehingga 9 malam hari sama.

Pusat ramalan cuaca tempatan mengunjurkan kepadatan habuk ultra halus dalam empat peringkat dengan dua lagi adalah baik (15 ke bawah) dan sederhana buruk (16-35).

Pihak berkuasa negara itu turut menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar rumah jika tidak mempunyai urusan penting dan memakai pelitup muka penapisan tinggi seperti jenis KF 94 jika berada di tempat terbuka. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.038621 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list