|
[Lain-lain]
...Keadaan banjir di KL, Selangor dan keperluan untuk mangsa...
[Copy link]
|
|
Longkang tersumbat punca banjir sekitar Taman Sri Muda petang ini[size=0.82]Norzamira Che Noh
[email protected]
January 24, 2022 @ 6:06pm
Beberapa rumah penduduk sekitar Taman Sri Muda dekat Seksyen 25 Shah Alam dilanda banjir akibat hujan lebat petang tadi
SHAH ALAM: Beberapa kawasan sekitar Taman Sri Muda dekat Seksyen 25 di sini, sekali lagi dilanda banjir susulan hujan lebat melanda kira-kira jam 3 petang tadi.
Limpahan air berlaku berikutan longkang yang tersumbat sehingga menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir dengan lancar.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, tinjauan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam mendapati, limpahan air berlaku berdekatan kolam kumbahan berhampiran sebuah pangsapuri.
"Jalan berkenaan masih boleh dilalui kenderaan dan air melimpah berkemungkinan akibat longkang yang tersumbat. Tinjauan juga mendapati air sudah mulai surut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu satu rakaman tular di Twitter menunjukkan berlaku kenaikan air terhadap sebatang jalan di kawasan Taman Sri Muda, bagaimanapun ia masih boleh dilalui kenderaan.
Pada Disember tahun lalu, kawasan Taman Sri Muda antara yang terkesan teruk akibat banjir yang menyebabkan ribuan penduduk terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Banjir yang tidak dijangka itu dikatakan berpunca daripada hujan lebat luar biasa.
RELATED ARTICLE
NASIONALKelemahan pengurusan manusia punca banjir teruk
NASIONALLongkang, parit sempit punca utama banjir di Kajang, Semenyih
NASIONALBanjir kilat landa sekitar Kajang, tiada penduduk dipindahkan
KESBanjir kilat, pokok tumbang di Gombak
WILAYAHJPS Sabah diarah pastikan sistem perparitan lancar elak banjir
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahiadin (kanan) menunjukkan sebahagian barangan miliknya untuk berkebun dan meniaga yang rosak ketika banjir ketika ditemui di Taman Alam Indah, Seksyen 33, Shah Alam semalam.
‘Sudah sebulan, mana bantuan banjir kami?’
SHAH ALAM – Penduduk Taman Alam Indah di Seksyen 33 di sini yang terjejas akibat banjir pada 18 Disember lalu merintih dan merayu kepada kerajaan supaya menyegerakan bantuan yang dijanjikan kerana mendakwa masih belum menerima apa-apa walaupun hampir sebulan menunggu.
Pengerusi Rukun Tetangga Taman Alam Indah, Shamsudin Said, 45, berkata, sebahagian besar penduduk masih belum menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) walaupun sudah melengkapkan borang seperti diarahkan.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... -mana-bantuan-kami/
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramalan Cuaca Negeri Pilih : WP Kuala Lumpur
Tarikh Cuaca Ramalan
28/01/2022
Jumaat
Ribut petir di beberapa tempat Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di beberapa tempat
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 34°
29/01/2022
Sabtu
Ribut petir di satu dua tempat Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 34°
30/01/2022
Ahad
Ribut petir di satu dua tempat Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 34°
31/01/2022
Isnin
Ribut petir di satu dua tempat Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 34°
01/02/2022
Selasa
Ribut petir di satu dua tempat Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Ribut petir di satu dua tempat
Min: 24°
Maks: 34°
02/02/2022
Rabu
Ribut petir di satu dua tempat Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 34°
03/02/2022
Khamis
Ribut petir di satu dua tempat Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 34°
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramalan Cuaca Negeri
Selangor
Lokasi: Selangor Tarikh Cuaca Ramalan
28/01/2022
Jumaat
Ribut petir di satu dua tempat Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
Min: 23°
Maks: 34°
29/01/2022
Sabtu
Ribut petir di satu dua tempat Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 34°
30/01/2022
Ahad
Ribut petir di satu dua tempat Pagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 34°
31/01/2022
Isnin
Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Min: 23°
Maks: 34°
01/02/2022
Selasa
Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Min: 23°
Maks: 34°
02/02/2022
Rabu
Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 34°
03/02/2022
Khamis
Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 34°
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 4-2-2022 07:13 AM
Ramalan Cuaca Negeri
Lokasi: Selangor
Tarikh | Cuaca | Ramalan | 04/02/2022
Jumaat |
Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 34° | 05/02/2022
Sabtu |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 34° | 06/02/2022
Ahad |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 34° | 07/02/2022
Isnin |
Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 33° | 08/02/2022
Selasa |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 24°
Maks: 33° | 09/02/2022
Rabu |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 24°
Maks: 33° | 10/02/2022
Khamis |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 24°
Maks: 33° |
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 4-2-2022 07:18 AM
Ramalan Cuaca Negeri
Lokasi: WP Kuala Lumpur
Tarikh | Cuaca | Ramalan | 04/02/2022
Jumaat |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 34° | 05/02/2022
Sabtu |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 34° | 06/02/2022
Ahad |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 24°
Maks: 34° | 07/02/2022
Isnin |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 24°
Maks: 33° | 08/02/2022
Selasa |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 24°
Maks: 33° | 09/02/2022
Rabu |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 24°
Maks: 33° | 10/02/2022
Khamis |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 24°
Maks: 33° |
|
|
|
|
|
|
|
|
baca di FB, air naik semula kt certain tempat di Seri Muda
kt tempat kaka pun air dah start naik kt sg langat dn area hiwei southville ke Putra Mahkota lorong kanan x blh lalu sbb air dah naik kat situ
sekian melapurkan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Banjir kilat di Bangi, pergerakan komuter terjejas
- Oleh NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI
- 29 Ogos 2022, 9:28 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KAJANG – Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Bandar Seri Putera, Bangi dan Bangi Selatan dilanda banjir kilat lewat petang tadi. Beberapa kenderaan dilaporkan terkandas di jalan raya susulan air semakin meningkat sejak pukul 6.30 petang tadi. Difahamkan turut berlaku gangguan kepada perkhimatan komuter dari Stesen KL Sentral ke Sungai Gadut, Seremban ekoran banjir kilat di laluan komuter antara Stesen Bangi ke Stesen Batang Benar. Sementara itu, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Persiaran Putra, Bandar Seri Putra juga terjejas selepas paras air dilaporkan meningkat. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 17-11-2022 06:04 AM
Perak, Kedah, NS, Johor, Selangor, Kelantan, Sabah & Lembah Kelang mula banjir |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
SEARCH FOR...
[size=0.8em]CRISIS & DISASTERKenyataan Media KPK 1 Disember 2022 – Situasi Bencana Banjir Dan Kesiapsiagaan Menghadapi Banjir Monsun Timur Laut 2022/2023[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON DECEMBER 1, 2022
SITUASI BENCANA BANJIR DAN KESIAPSIAGAAN MENGHADAPI BANJIR MONSUN TIMUR LAUT 2022/2023 Jabatan Metereologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Monsun Timur Laut (MTL) sudah bermula sejak 7 November 2022 dan akan berakhir pada Mac 2023. Dalam tempoh ini, kejadian hujan lebat berterusan boleh menyebabkan kejadian banjir. Pada hari ini, iaitu sehingga 9 pagi terdapat 419 mangsa banjir ditempatkan di empat (4) pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu masing-masing dua (2) PPS di Selangor dan Perak disebabkan hujan lebat dan ribut petir. Pasukan perubatan dan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat telah digerakkan bagi memberi perkhidmatan kepada mereka. Menghadapi bencana banjir semasa fasa peralihan endemik COVID-19 akan memberi cabaran kepada mangsa banjir dan semua agensi tindak balas yang bertanggungjawab untuk membantu dan mengurus mangsa-mangsa banjir. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bersedia untuk memberi perkhidmatan terbaik bagi meneruskan kesinambungan perkhidmatan kesihatan kepada mangsa-mangsa banjir dan juga bagi mencegah penularan penyakit berjangkit yang boleh berlaku semasa banjir. Beberapa siri mesyuarat kesiapsiagaan bagi menghadapi banjir telah diadakan antara Ibu Pejabat KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah diadakan. Surat Arahan Persediaan Menghadapi Banjir MTL telah diedarkan kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri dan Institusi KKM sejak 21 September 2022. Anggota-anggota KKM telah bersedia bagi menghadapi bencana banjir. Pasukan-pasukan yang terlibat termasuklah: - Pasukan perubatan dengan 6,397 anggota berperanan melawat dan memberi rawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS);
- Pasukan kesihatan dengan 4,688 anggota melakukan pemantauan, pencegahan, dan kawalan penyakit serta pemeriksaan persekitaran di PPS;
- Pasukan Mental Health and Psychosocial Support Services (MHPSS) dengan 5,964 anggota memberikan dan menyelaraskan perkhidmatan sokongan psikososial kepada mangsa dan petugas;
- Pasukan Rapid Assessment Team (RAT) dan Rapid Response Team (RRT) dengan 1,770 anggota bertanggungjawab memberi respon bagi mencegah dan mengawal kejadian wabak semasa banjir.
Semua JKN juga telah mengemaskini maklumat peralatan dan kenderaan serta keperluan logistik lain dan telah bersiap sedia untuk digunakan semasa banjir bagi meneruskan kesinambungan perkhidmatan kesihatan. Stok bekalan ubatan mencukupi di fasiliti kesihatan untuk 3 bulan dan stok tambahan 3 bulan disimpan oleh pembekal yang sentiasa bersedia untuk digunakan apabila diperlukan oleh KKM. Stok bekalan kit ujian RTK-Antigen COVID-19, ubatan COVID-19, dan vaksin juga mencukupi. Semua JKN juga telah mengenalpasti fasiliti kesihatan altenatif kepada fasiliti kesihatan yang berisiko banjir bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat sekiranya fasiliti kesihatan tersebut terjejas operasi akibat banjir. Bagi menghadapi cabaran banjir dan penularan COVID-19, KKM telah mengeluarkan garis panduan Garis Panduan Pencegahan dan Pengurusan COVID-19 di Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Bencana sebagai panduan kepada semua agensi dan anggota yang terlibat dalam memberi tindak balas semasa bencana banjir. Garis panduan ini memberi penekanan kepada aspek pencegahan COVID-19 di PPS yang perlu diamalkan dan diberi perhatian oleh semua penghuni dan agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan kebajikan mangsa di PPS. Amalan mencuci tangan yang betul serta etika batuk dan bersin yang betul perlu diamalkan sepanjang masa. Pemakaian pelitup muka amat digalakkan kepada semua mangsa yang berada di PPS dan diwajibkan kepada mereka yang positif COVID-19. Mangsa banjir bergejala dan disyaki COVID-19 di PPS perlu menjalani ujian COVID-19 dan diasingkan di tempat khas atau dirujuk ke hospital bagi yang memerlukan isolasi, pemantauan dan rawatan lanjut. Langkah ini adalah penting bagi mengelakkan berlakunya kejadian kluster COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir di PPS. Selain dari peranan agensi tindak balas, peranan mangsa-mangsa banjir atau orang ramai adalah sangat penting bagi sama-sama menghadapi bencana banjir dan COVID-19 ini. Sehubungan dengan itu, KKM ingin menasihatkan orang ramai yang tinggal di kawasan-kawasan yang berisiko banjir hendaklah sentiasa bersedia dan berwaspada serta mematuhi arahan-arahan pihak yang berwajib, khususnya keperluan untuk berpindah awal. Ini dapat mengelakkan sebarang kesulitan serta mengelak daripada berlakunya kemalangan dan kehilangan jiwa. Orang ramai juga perlu peka dengan arahan semasa dari pihak berkuasa dan sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan kendiri seperti berikut bagi mencegah penyakit-penyakit lain yang sering terjadi semasa musim banjir: - Elak bermain dengan air banjir terutamanya jika mempunyai luka atau masalah kulit bagi mengelakkan risiko jangkitan kuman penyakit leptospirosis (jangkitan kuman kencing tikus) dan meloidosis yang ditularkan melalui air banjir yang tercemar. Gunakan alat pelindung diri seperti boot getah dan sarung tangan getah semasa aktiviti pembersihan terutamanya jika melibatkan banjir lumpur.
- Minum air yang telah dimasak dan makan makanan yang bersih bagi mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan seperti keracunan makanan, kolera, tifoid, hepatitis A dan acute gastroenteritis (AGE).
- Amalkan penjagaan kebersihan diri iaitu sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan makanan, sebelum makan, selepas ke tandas, selepas membuat aktiviti pembersihan, selepas menyentuh barang-barang yang dicemari oleh air banjir atau kumbahan (sewage).
- Sekiranya bekalan elektrik terputus, pastikan bekalan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk tidak rosak sebelum dimasak. Elakkan memakan makanan yang terdedah kepada air banjir, yang berada pada suhu bilik melebihi 4 jam atau ada perubahan rasa, bau atau tesktur.
- Awasi risiko renjatan elektrik sekiranya rumah dinaiki air. Elakkan penggunaan soket elektrik yang terdedah kepada air banjir sebelum ianya dipastikan selamat.
- Sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan persekitaran. Pembuangan sampah di merata tempat akan mendatangkan risiko penyakit, pembiakan vektor pembawa penyakit seperti tikus, nyamuk dan lain-lain. Semasa banjir, bekas-bekas menakung air akan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan anopheles. Ini menyebabkan populasi nyamuk bertambah dan meningkatkan penyebaran penyakit bawaan nyamuk seperti demam denggi, chikungunya dan malaria.
- Semasa tinggal di pusat-pusat pemindahan, amatlah penting bagi semua penghuni untuk mengamalkan sikap bertoleransi, saling bantu-membantu dan hormat-menghormati bagi mengelakkan ketegangan atau tekanan dalam kalangan penghuni.
- Sila dapatkan rawatan segera dari pasukan perubatan di PPS atau fasiliti kesihatan yang berhampiran jika mengalami sebarang gejala penyakit seperti demam, sakit perut, muntah, cirit-birit, batuk dan sebagainya.
Sekian dan terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 1 Disember 2022 @ 2.30 petang
|
|
|
|
|
|
|
|
Subang: Beberapa kawasan di sekitar daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak 4 petang tadi.
Antara kawasan yang dinaiki air termasuk di Jalan Persiaran Subang, Subang Jaya, USJ dan SS14.
Situasi itu dikongsi penduduk dan pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan di media sosial.
Berdasarkan perkongsian di media sosial, kawasan parkir dan bahagian bawah pusat beli-belah Subang Parade turut dimasuki air.
Seorang pemilik akaun X menggunakan nama @cinnomorolls menerusi ciapannya memberitahu pihak pengurusan pusat beli-belah itu memasang siren sebagai amaran banjir kepada pengunjung.
Seorang lagi pemilik akaun X @Adrianlee memuat naik rakaman video keadaan banjir di pusat beli-belah itu beserta ciapan banjir #subangjaya #subangparade.
Setakat ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor belum menerima panggilan berhubung kejadian banjir kilat di kawasan terbabit.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|