|
Gardens Square tawar kemudahan untuk semua
KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Gamuda Land melancarkan Gardens Square, pusat komersial pertama ditawarkan di Gamuda Gardens di Lembah Klang Utara.
Dibina secara seimbang antara alam semula jadi dan komuniti, tempat pejalan kaki yang mesra pengguna serta ruang terbuka, sekali gus melengkapkan lagi komponen kediaman serta gaya hidup di bandar dan meletakkan Gamuda Gardens sebagai kawasan membangun yang menjadi pilihan.
Lokasinya juga strategik iaitu berhampiran dengan lokasi beriadah, bangunan pejabat, tempat membeli-belah dan banyak lagi yang mudah diakses oleh penduduk dan pengunjung, serta pelbagai inisiatif di bawah jenama Xploria.
Malah, dengan unjuran populasi seramai 340,000 penduduk dengan jarak perjalanan 15 minit menjelang 2023, Gamuda Gardens bersedia menjadi nadi bagi Lembah Klang Utara.
Baru-baru ini, juga diadakan majlis penyerahan kunci Village Homes kepada 482 pemilik bagi kediaman mereka di Lavena, Nara, Aida dan Agalia. Dengan komuniti yang sedang berkembang di kawasan berkenaan, Gamuda Land melancarkan Gardens Square untuk melengkapkan kawasan itu dengan pusat komersial.
Penolong Pengurus Besar Gamuda Gardens dan Kundang Estates, Wong Siew Lee, berkata fokus mereka ketika ini adalah untuk mengoptimumkan pengalaman penduduk dan pengunjung, berbanding memaksimumkan penggunaan kawasan yang ada.
Katanya, Gardens Square di kawasan seluas 2.71 hektar merangkumi 133 unit kedai dua dan tiga tingkat serta lot pejabat dengan ruang terbuka yang luas sesuai dengan trend runcit pasca pandemik.
"Terdapat juga laluan bebas kereta dikenali The Street dan The Alley serta The Plaza yang berhadapan dengan 20.23 hektar Central Park Gamuda Gardens.
"Taman itu bukan sahaja mesra haiwan peliharaan, tetapi juga dijadikannya lokasi untuk penganjuran sebarang aktiviti dan majlis," katanya. Siew Lee berkata, penyewa utama pusat itu yang bakal beroperasi, termasuk jenama kedai runcit terkenal di tapak seluas 20,000 kaki persegi serta francais makanan segera pandu lalu dua tingkat.
Katanya, reka bentuk yang mengutamakan kelestarian serta demografi Lembah Klang Utara yang semakin berkembang dengan purata pendapatan isi rumah RM12,000, Gardens Square turut menawarkan peluang perniagaan kepada usahawan.
"Dengan permintaan yang semakin meningkat, Gardens Square mampu menawarkan semua ciri pusat komersial yang diperlukan di kawasan berkenaan.
"Malah, ia mampu menawarkan kepada penduduk pelbagai barangan keperluan, makanan dan minuman, barangan keperluan kanak-kanak selain berusaha menangani kebimbangan perubahan iklim yang lebih besar dengan rangkaian ciri mampan," katanya.
Penggunaan panel solar fotovoltaik bersepadu yang menyalurkan tenaga boleh diperbaharui dan kawasan pengecas kenderaan elektrik (EV) di zon tempat letak kereta bawah tanah juga bertujuan menggalakkan penggunaan kenderaan mesra alam.
Di samping itu, konsep dan landskap kehijauan yang bersepadu, mampu memberikan teduhan kepada pengunjung, sekali gus membantu mengurangkan kesan haba bandar.
Reka bentuk Gardens Square menggunakan analisis aliran angin dan sinaran suria untuk memberikan pengalaman yang selesa kepada pengunjung dengan Indeks Iklim Terma Sejagat (UTCI) sebagai penanda aras.
Inisiatif itu sejajar dengan penanda aras di bawah Gamuda Green Plan 2025: Perancangan dan Reka Bentuk Mampan untuk Pembinaan.
Pelan yang dilancarkan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun lalu itu adalah rangka kerja komprehensif untuk Gamuda Group berpandukan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam tempoh lima tahun akan datang dan seterusnya.
Tumpuan pada kemampanan ini ditetapkan untuk menarik demografi golongan muda, bersama amalan dan nilai yang bertanggungjawab secara sosial pulih semula serta membawa faedah yang berkaitan untuk peruncit.
Dalam memastikan ia menjadi lokasi yang dapat memacu pertumbuhan perbandaran, pelan induk Gamuda Gardens turut merangkumi Central Park yang lengkap dengan lima tasik bertingkat, dua air terjun selain Waterfront Village yang menampilkan elemen runcit dan gaya hidup.
https://assets.bharian.com.my/im ... ens2_1642381217.jpg
Skyline Luge, taman aktiviti luge bertenaga graviti pertama di Malaysia dijangka dibuka kepada orang ramai pada 2023.
Di bawah Xploria juga terdapat pelbagai tarikan menarik seperti taman tema air Big Bucket Splash, Paws Playgorund untuk latihan dan keseronokan haiwan peliharaan, Gamuda Parks Nature School untuk kanak-kanak mempelajari mengenai kehidupan luar, kemudahan menunggang kuda di 3Q Equestrian dan banyak lagi.
Ini termasuk Skyline Luge, taman aktiviti luge bertenaga graviti pertama di Malaysia yang dinanti-nantikan. Ia akan dibina di atas tapak seluas 45,000 meter persegi menghadap Gamuda Gardens. Skyline Luge dijangka dibuka kepada orang ramai pada 2023.
Menariknya, pembinaan tempat berkenaan disatukan oleh rangkaian infrastruktur yang menekankan mobiliti mampan untuk mengurangkan jejak karbon dan membina komuniti yang sihat.
Kawasan itu turut dilengkapi dengan laluan sejauh 68 kilometer untuk berjalan kaki, jogging, berbasikal serta laluan pejalan kaki yang bersambung terus dengan kawasan kediaman bagi memudahkan penduduk seiring dengan prinsip pembangunan teras Gamuda Land: 'When we get the places right, the town works'.
Gamuda Gardens yang berkeluasan 328 hektar di koridor pembangunan utara yang semakin maju di Lembah Klang, lebih mudah diakses melalui laluan utama, termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dan Lebuh Raya Koridor Guthrie.
STRUKTUR SENI GARDENS SQUARE
• Dibina daripada unsur batu-bata, inspirasi Eropah.
• Direka dengan suasana selesa, termasuk suhu dikawal dan sebagainya.
• Seni binanya menawarkan tema perindustrian moden, di mana elemen utama seperti bata merah tanah liat, unsur keluli dan kaca disatukan untuk membentuk identiti unik.
• Bata tanah liat merah dipamerkan bagi membangkitkan rasa kemesraan, kejujuran dan keabadian.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... mudahan-untuk-semua
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|