|
PUTERA Harry. FOTO fail AFP
London: Putera Harry memfaikan semakan kehakiman di mahkamah United Kingdom (UK) selepas kerajaan enggan membenarkan dia membayar sendiri kawalan polis.
Harry dan isteri, Meghan kehilangan perlindungan itu yang sebelum ini dibiayai pembayar cukai UK selepas mereka menarik diri daripada tugasan diraja pada 2020 dan berpindah ke Amerika Syarikat (AS).
Pasangan itu kini menetap di California dan memiliki pasukan keselamatan sendiri.
Menurut permohonan itu, Harry mendakwa pasukan keselamatannya di AS tidak mempunyai kuasa melindunginya dan keluarga, ketika mereka berada di UK.
The Duke of Sussex mahu mendapatkan semakan kehakiman selepas Kementerian Dalam Negeri UK menolak permohonannya untuk membayar perkhidmatan keselamatan kepada polis UK, lapor agensi berita Britain, PA, pada Ahad.
"United Kingdom adalah rumah buat Putera Harry dan negara ini mahu dia sekeluarga dalam keadaan selamat," kata jurucakap undang-undang Duke dalam satu kenyataan.
Musim panas lalu, kereta Harry dikejar jurugambar paparazi ketika dia meninggalkan satu acara amal di London.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|