View: 505|Reply: 0
|
Potong 32 gaun pengantin
[Copy link]
|
|
RAKAMAN menunjukkan wanita terbabit merosakkan gaun perkahwinan. FOTO Agensi
Beijing: Seorang wanita di China hilang pertimbangan apabila memotong 32 gaun perkahwinan selepas berbalah mengenai bayaran deposit.
Dia mula menggunakan gunting untuk memotong pakaian itu selepas pertikaian dengan pemilik kedai dan kejadian itu dapat dirakamkan
Wanita yang tidak dinamakan itu mengambil tindakan drastik kerana mahukan deposit bernilai 400 pound sterling (kira-kira RM2,285) dikembalikan.
Agensi berita China, Sohu melaporkan kejadian berlaku di daerah Chongqing Jiangjin pada 9 Januari lalu.
Semua gaun perkahwinan yang dirosakkan itu dianggarkan bernilai 10,000 pound sterling (kira-kira RM57,000).
Kejadian itu dipercayai berpunca selepas wanita terbabit membatalkan tempahan pakej perkahwinan.
Menerusi rakaman video yang tular, wanita terbabit dalam keadaan marah dilihat merobek dan menggunting pakaian perkahwinan tradisional Cina, seterusnya merosakkan pula pakaian tradisional yang lebih mahal.
Dia pergi ke almari simpanan pakaian dan terus memotong hampir setiap pakaian di rak itu.
Aksi itu kemudiannya tular di laman sosial negara berkenaan.
Individu yang merakam video berkenaan juga sempat menerangkan nilai setiap pakaian dan mengatakan ia berharga ribuan yuan.
"Anda boleh fikir dengan jelas harga pakaian ini bernilai ribuan yuan," kata individu itu.
Namun, wanita itu tidak mempedulikan amaran yang diberikan dan terus merosakkan pakaian berkenaan.
"Harganya beribu-ribu? Walaupun berpuluh ribu, tidak mengapa," jawab wanita itu, sambil terus menggunting gaun dengan gunting.
Kedai pakaian perkahwinan itu tidak memulangkan deposit kerana menjadi polisi tiada wang pendahuluan akan dikembalikan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|