TIHAR: Sepasukan doktor baru-baru ini berjaya mengeluarkan telefon bimbit dari perut banduan di Tihar, Delhi.
Menurut ANI, banduan itu menelan telefon bimbit untuk menyembunyikannya daripada pihak berkuasa.
Perbuatannya terbongkar selepas banduan itu yang menggunakan peranti elektronik itu mengalami kesakitan kronik pada bahagian perutnya minggu lalu.
Dia dibawa ke hospital GB Pant dan selepas melakukan sinar-x, doktor mendapati ada telefon bimbit di dalam perutnya.
Menurut doktor, alat itu dikeluarkan melalui mulutnya, menggunakan kaedah endoskopi.
Peranti tersebut sepanjang 7 sentimeter dan selebar 3 sentimeter.
sarawakvoice.com/2022/01/22 |