|
MIROKU bersama Presiden Alpine Group, Atsushi Mizuno. FOTO AGENSI
Tokyo: Tuah buat pemain golf cilik Jepun, Miroku Sutou apabila bakat dan potensinya diintai syarikat besar untuk menajanya menjadi pemain profesional.
Terbaharu, kanak-kanak berusia 10 tahun itu menandatangani kontrak pengurusan dan afiliasi dengan Golf 5 yang menjalankan perniagaan khusus berkaitan golf dengan nilai kontrak berjumlah 10 juta yen (RM367,723.38) setahun.
Mulai Januari ini, peraturan untuk kelayakan amatur disemak dengan ketara yang membolehkan pemain golf amatur memperoleh pendapatan tajaan tanpa had.
Menurut sumber industri, kontrak jangka panjang itu setaraf dengan pemain golf profesional muda.
"Group Alpine, yang menguruskan Golf 5 menghargai potensi dan bakat masa depan Miroku," kata sumber Tribunnews.com pada Sabtu.
Miroku berkata, sokongan Golf 5 itu akan membantu mengembangkan lagi kerjayanya dan mencapai hasrat menjadi pemain golf legenda.
"Saya gembira menjadi pemain Golf 5! Saya menerima banyak sokongan sebelum ini, tetapi saya rasa lebih dihargai apabila memiliki kontrak jangka panjang," katanya.
Bapanya, Kenichi berbangga dengan milikan kontrak itu yang membolehkan anaknya menjadi pemain golf profesional.
Alpine Group sudah mengintai potensi Miroku sejak usianya lima tahun lagi kerana memiliki karakter unik untuk menjadi pemain golf dan kemampuannya meraih gelaran juara kanak-kanak dunia berturut-turut.
Miroku yang juga dikenali sebagai kanak-kanak genius selepas meraih empat kali kemenangan dalam Kejuaraan Golf Kanak-Kanak Dunia.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|