View: 1155|Reply: 3
|
Pemuda Bingung Maklumkan Rakan Dia Bakal Berkahwin Dengan Ibunya
[Copy link]
|
|
Pada masa kini, perkahwinan seorang wanita yang lebih berusia dengan lelaki muda bukan lagi perkara baharu. Apatah lagi kebahagiaan rumah tangga tidak hanya terletak pada usia individu semata-mata.
Di Facebook, 'group' yang dinamakan Luahan Orang Bujang menjadi medan khas buat individu berstatus bujang meluahkan apa saja kebimbangan mereka. Namun, lebih ramai yang berkongsi masalah cinta.
Bagaimanapun, luahan seorang jejaka berusia 25 tahun meminta pendapat mengenai masalahnya menarik perhatian ramai.
Katanya, dia diam-diam bercinta wanita berusia 51 tahun dan berstatus janda. Sudah lapan bulan menjalinkan hubungan cinta, mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mac hadapan.
Gambar Hiasan (Sumber Google)
Namun, hal yang membuatkan pemuda berasal dari Kemaman, Terengganu itu pening adalah kerana wanita berkenaan adalah ibu kepada rakannya sendiri.
"Aku memang suka perempuan berumur. Aku ikhlas," tulisnya.
Pemuda itu berharap netizen mencadangkan cara terbaik untuk menyampaikan berita berkenaan kepada rakannya. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Mummy issue ke kau ni..buar istikharahlah dik...klu berjodoh moga dimudahkan..klu tak moga diberikan ketenangan |
|
|
|
|
|
|
|
cinta itu buta...................................... |
|
|
|
|
|
|
|
yg dah berumur tu pun satu...tak ada ke orang lain....boleh panggil anak kut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|