CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 478|Reply: 1

[Dunia] Kebakaran hutan tahap malapetaka diramal di Australia Barat

[Copy link]
Post time 5-2-2022 08:11 PM | Show all posts |Read mode
AUSTRALIA BARAT: Pihak berkuasa Australia Barat mengeluarkan amaran berhubung ramalan 'kebakaran tahap ekstrem hingga malapetaka' susulan kebakaran hutan luar kawalan di negeri itu, yang memaksa ratusan keluarga berpindah ke tempat selamat.

Lebih 2,300 hektar kawasan terbakar sejak beberapa hari lalu di barat bandar pelancongan Denmark, yang terletak kira-kira 420 kilometer di selatan Perth, dengan api bertambah marak akibat angin kencang dan suhu tinggi.

"Kami meramalkan gelombang haba yang teruk dan bahaya tahap ekstrim hingga malapetaka pada Ahad," kata Biro Meteorologi Australia Barat menerusi Twitter, hari ini.

Ketua Menteri Australia Barat, Mark McGowan, menggesa penduduk di kawasan berisiko untuk mematuhi saranan perkhidmatan kecemasan, yang meminta orang ramai berpindah jika keadaan selamat dan tidak kembali ke kediaman mereka.

Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) hari ini melaporkan, sejumlah keluarga sudah bertindak berpindah dari kediaman masing-masing.


Kebakaran hutan adalah insiden yang kerap berlaku ketika cuaca panas di Australia, akibat suhu tinggi, keadaan kering dan tanaman yang mudah terbakar.

Pada musim panas 2019 hingga 2020, seramai 33 individu terbunuh, termasuk sembilan anggota bomba akibat kebakaran hutan di kawasan seluas lebih 17 juta hektar, iaitu hampir separuh keluasan Jerman.

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2022/02/919253/kebakaran-hutan-tahap-malapetaka-diramal-di-australia-barat





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2022 08:52 PM | Show all posts
sombong xnak bagi aku masuk

Rrrrrrrrasakannnnnnnnnnnn



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.313461 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list