View: 637|Reply: 0
|
Bunuh ibu, bapa, adik kerana Wifi
[Copy link]
|
|
Madrid: Sepanyol digemparkan dengan kejadian pembunuhan tiga sekeluarga di bandar Elche, tenggara Sepanyol, selepas remaja lelaki mengaku membunuh ibu bapa dan adik lelaki selepas pertengkaran mengenai Wifi.
Polis mengesahkan remaja berusia 15 tahun yang tidak dinamakan itu ditahan pada Jumaat atas tuduhan membunuh tiga individu.
Menurut akhbar Sepanyol, ia berpunca daripada pertengkaran mengenai gred sekolahnya yang lemah, lapor agensi berita Xinhua.
Media tempatan melaporkan, ibu remaja itu memotong akses Wifi sebagai hukuman kerana prestasi pelajarannya yang teruk, selain enggan membantu kerja rumah.
Remaja berkenaan kemudian mengambil senapang dan menembak mati ibunya, sebelum membunuh bapa serta adik lelakinya berusia 10 tahun menggunakan senjata sama ketika mereka pulang ke rumah dan mengetahui kejadian itu.
Remaja itu kekal berada di rumah bersama mayat ibu bapa dan adiknya selama tiga hari, sebelum mengaku melakukan pembunuhan itu kepada saudara yang menghubungi selepas prihatin kerana tidak mendengar khabar daripada keluarga itu.
Polis kemudian menahan remaja itu, dan dia secara rasmi mengaku membunuh ketiga-tiga mereka di Balai Polis Elche.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|