CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 692|Reply: 11

10 Tahun Mohon Tapi Tak Lulus Lagi, 10 Nelayan Nekad Tangkap Ikan Tanpa Lesen

[Copy link]
Post time 22-2-2022 04:47 AM | Show all posts |Read mode
10 nelayan pantai berpengkalan di jeti Singkir Laut di Yan kecewa apabila lesen nelayan dimohon sejak 10 tahun lalu belum diluluskan.


Disebabkan itu, mereka terpaksa keluar menangkap ikan tanpa lesen dan berhadapan risiko ditahan dan dikenakan tindakan pihak berkuasa.


Seorang nelayan dari Kampung Singkir Genting, Mohd. Zukir Abdulah, 60, berkata, dia telah memohon lesen nelayan melalui Jabatan Perikanan sejak tahun 2011 namun sehingga kini masih belum diketahui statusnya.




Sebahagian bot nelayan pantai berpengkalan di jeti Singkir Laut, Yan, Kedah. - UTUSAN/OTHMAN YAHAYA




“Borang permohonan saya semuanya telah lengkap dan mengikut syarat yang dikehendaki tetapi masih mengambil masa yang lama untuk diluluskan.


“Kalau tidak ke laut kerana menantikan lesen, saya akan hilang mata pencarian untuk menanggung lima beranak kerana hanya pekerjaan ini yang mampu dilakukan di kampung ini,” katanya semasa ditemui di sini hari ini.


Nelayan pukat udang dan ketam, Sadam Rusli, 30, berkata, sebelum ini dia menumpang perahu rakannya untuk ke laut mencari rezeki.


“Berkat berjimat cermat akhirnya 10 tahun lalu saya berjaya membeli bot sendiri dan memohon untuk mendapatkan lesen.


“Namun sehingga kini lesen yang dinanti gagal diperoleh menyebabkan saya menyerahkan nasib kepada Allah tiap kali turun ke laut kerana jika tidak berbuat demikian dapur di rumah saya tidak akan berasap,” katanya yang mempunyai seorang anak.


Seorang lagi nelayan, Mohd. Zainuddin Zainol, 47, berkata, dia mendapati karenah birokrasi dipercayai punca lesen dipohon oleh nelayan di sini lewat diproses.


“Kami amat memerlukan lesen itu bagi mengelak ditahan di laut ketika memukat dan bukan kerana mahu mengambil kesempatan daripada pelbagai subsidi yang disediakan kepada nelayan yang memiliki lesen.


“Ini merupakan satu-satunya mata pencarian untuk menyara keluarga dan berharap pihak berkuasa prihatin dengan nasib kami yang masih menanti
untuk mendapatkan lesen itu,” katanya.




Sumber: UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2022 10:56 AM | Show all posts
masuk berita,nt dpt la lesen...
kalau nk ape2 kena minta kat wartawan agaknya baru dpt
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 10:57 AM | Show all posts
10 tahun????
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
So Jabatan Perikanan la bangsat kan
Mesti yg keje kat jabatan tu stok2 acik2 pakai baju kurung bunga2 yg minat wany hasrita,yg suka shipkan hero heroin drama tv3 kul 7ptg dan jd ejen kek mamasab dan stokis susu nilofar
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
tak hulur
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah la depa nelayan....10 thn mohon pun xdpt? Apa syarat2 jd nelayan nih?

Kt pasar selayang, pati baru mendarat 3 hari lepas dh blh meniaga.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2022 01:04 PM | Show all posts
Kesian nasib mereka macam tak ada siapa nak bela
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 01:05 PM | Show all posts
minta Edisi Siasat masuk campur..ahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2022 01:44 PM | Show all posts
nelayan lain ok jaa... musti ada sebab sampai 10 tahun dok tunggu lesen.. kena dengaq cerita dua2 pihak baru adil.... selalu puak yang dok report ke hulu ke hilir ni, suka play victim dek kerna nak tutup kelemahan diri sundri ... tuding jari merata2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 03:46 PM | Show all posts
silencekiller replied at 22-2-2022 01:44 PM
nelayan lain ok jaa... musti ada sebab sampai 10 tahun dok tunggu lesen.. kena dengaq cerita dua2 pi ...

setuju kena dengar penjelasan dari pihak berwajib.
cumanya why perap 10 tahun? Kalau tak boleh lulus reject ja lah.


Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Lesen iteww setakat berapa la tuan....ini dua pukat macam macam ikan sotong udang ada buat tuan anak beranak for the next 3 weeks ....saya ikhlas tuan
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau lulus lesen pihak berwajib kena bagi diesel free tiap2 bln ke dkt nelayan sampai 10 perap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 5588 Replies : 26
Tok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-7!
doubleATok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-
Views : 11457 Replies : 108
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 260010 Replies : 6565
Paderi Kristian jual lot tanah di syurga harga USD100,boleh bayar melalui Visa, Master Card, Google Pay, American Express dan Apple Pay,pelan pembayaran ansuran.
YgBenarPaderi Kristian jual lot tanah di syurga
Views : 8313 Replies : 10
HATI-HATI DENGAN ORANG INI
hayrin86HATI-HATI DENGAN ORANG INI
Views : 27981 Replies : 171
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 6918 Replies : 21
Dulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan Suami Isteri Ini Selamat Timang Cahaya Mata Ke-12.Tak tolak tambah anak
YgBenarDulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan S
Views : 12378 Replies : 43
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 76451 Replies : 3164
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 117599 Replies : 1560
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 105316 Replies : 2904

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.075673 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list