CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 483|Reply: 3

[Tempatan] Pintu pagar elektrik benteng ladang haram Musang King

[Copy link]
Post time 22-2-2022 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Pintu pagar elektrik benteng ladang haram Musang King


KUANTAN: Pasukan lebih 100 penguat kuasa yang melaksanakan operasi bersepadu, semalam, terpaksa memecahkan pintu pagar elektrik untuk masuk ke ladang durian Musang King yang ditanam secara haram di atas tanah kawasan hutan milik kerajaan di Sungai Lembing, di sini.

Dalam operasi selama empat jam bermula jam 10 pagi di Kampung Kolong Pahat dan Kampung Seberang, Sungai Lembing itu, lebih 200 pokok durian Musang King berusia antara empat hingga lima tahun dimusnahkan.

Pegawai Hutan Daerah Kuantan, Pekan dan Maran, Norshazlee Roslee, berkata seramai 110 anggota penguat kuasa dari Jabatan Perhutanan Pahang (JPNP), Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang serta Unit Penguat Kuasa Pahang (UPNP) menyertai operasi terbabit yang berjalan lancar.

Katanya, penguat kuasa terpaksa bertindak tegas memusnahkan lebih 200 pokok durian Musang King yang ditanam secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab di atas tanah dalam kawasan hutan milik kerajaan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kawasan berbukit seluas lebih lapan hektar telah dicerobohi, namun aktiviti pertanian secara berteres hanya dilakukan dalam kawasan kira-kira satu hektar membabitkan tanaman durian Musang King, pisang dan beberapa jenis tanaman lain.

"Dalam kawasan itu, terdapat lebih 2,500 pokok durian Musang King berusia satu hingga dua tahun yang akan dimusnahkan secara berperingkat, tidak lama lagi.

"Kita juga akan memusnahkan rumah kongsi dan rumah kuasa solar yang terdapat dalam kawasan hutan milik kerajaan itu," katanya ketika ditemui pada operasi itu, di sini, semalam.

Yang turut hadir memantau hari pertama operasi itu ialah Pegawai Daerah Kuantan, Tengku Datuk Nor Asmaliza Ku Lah.

Norshazlee berkata, operasi yang akan dijalankan selama seminggu itu turut mengesan aktiviti penanaman kira-kira 3,000 pokok balak berkualiti tinggi.

Beliau memaklumkan, operasi bersepadu itu adalah yang pertama dijalankan, tahun ini, dengan membabitkan pelbagai agensi kerajaan.

"Selain itu, penyertaan penduduk setempat dalam operasi berkenaan membuktikan kegiatan menceroboh tanah milik kerajaan turut tidak disenangi mereka.

"Kegiatan seumpama itu boleh mengundang kejadian tidak diingini seperti hakisan tanah dan banjir lumpur yang berisiko mengancam nyawa penduduk di kawasan berhampiran.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menceroboh tanah milik kerajaan, termasuk hutan simpan di daerah ini," katanya sambil berharap semua pihak dapat bekerjasama memberikan maklumat berhubung kegiatan pencerobohan hutan.


Anggota penguat kuasa menjalankan operasi bersepadu di Sungai Lembing, semalam. - NSTP/MOHD RAFI MAMAT

https://www.bharian.com.my/berit ... g-haram-musang-king

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2022 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah pihak berkuasa(yg menangani isu ni).
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sg lembing tu pon memang kawasan kaum diorang ramai
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik, terbaik dan terbaikkkk...musnahkan semua yg haram. hukum puak tamak dan penjehanam ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 259428 Replies : 6562
Tok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-7!
doubleATok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-
Views : 11341 Replies : 107
Dulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan Suami Isteri Ini Selamat Timang Cahaya Mata Ke-12.Tak tolak tambah anak
YgBenarDulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan S
Views : 12255 Replies : 41
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 5238 Replies : 19
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 117498 Replies : 1560
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 105316 Replies : 2904
KUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak ini dalam filem P Ramlee?
akuperatijeeKUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak in
Views : 76874 Replies : 259
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 6852 Replies : 19
HATI-HATI DENGAN ORANG INI
hayrin86HATI-HATI DENGAN ORANG INI
Views : 27854 Replies : 169
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 76350 Replies : 3159

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.196259 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list