CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2218|Reply: 0

‘Ghost of Kyiv’ mimpi ngeri Rusia

[Copy link]
Post time 28-2-2022 12:42 PM | Show all posts |Read mode

Gambar juruterbang misteri jet pejuang MiG-29 yang didakwa sebagai 'Ghost of Kyiv' turut dikongsi bekas presiden, Petro Poroshenko menerusi Twitter pada Jumaat. - Foto: Twitter/ Petro Poroshenko.

KIEV - Kemunculan misteri seorang juruterbang jet pejuang MiG-29 yang mendapat julukan 'Ghost of Kyiv' dan didakwa telah menembak beberapa pesawat milik Rusia pada hari pertama kempen serangan dilancarkan Moscow mencetuskan tanda tanya banyak pihak.

Rakaman video memaparkan aksi keberanian 'hero ruang angkasa Ukraine' itu turut menjadi tular di Twitter dan salah satu daripadanya mendapat sehingga hampir lima juta view.

Namun, ada pihak yang mempersoalkan ketulenan klip berkenaan dan mendakwa ia mungkin sebagai sebahagian daripada 'video propaganda macho' Kiev untuk menakut-nakutkan musuh mereka.

Siasatan dilakukan Reuters Fast Check terhadap video itu mendakwa ia adalah rakaman daripada permainan video, Digital Combat Simulator pada 2008.

Kiev bagaimanapun mendakwa juruterbang hebat yang identitinya tidak didedahkan itu benar-benar wujud dan telah menembak jatuh enam jet pejuang Rusia dalam tempoh 30 jam pertama dan sebanyak 10 lagi pesawat tentera milik musuh sehingga Sabtu lalu.

Menerusi rakaman berdurasi 38 saat yang dikongsi di akaun rasmi kerajaan Ukraine pada Ahad, ia memaklumkan hero tersebut digelar sebagai 'Ghost of Kyiv' yang menguasai ruang udara ibu kota dan seluruh negara.


Rakaman video tersebut dikatakan telah diambil daripada permainan video, Digital Combat Simulator pada 2008. - Foto: Agensi

"Ia kini menjadi 'mimpi ngeri' kepada pesawat penceroboh Rusia," jelas klip itu lagi yang dimulakan dengan ilustrasi karikatur 'Ghost of Kyiv' sebelum memaparkan rakaman jet milik Moscow yang ditembak jatuh.

Klip itu diakhiri dengan gambar seorang juruterbang di dalam kokpit sambil menunjukkan isyarat bagus yang merupakan foto sama dikongsi bekas presiden, Petro Poroshenko pada Jumaat lalu dengan kapsyen, 'Dalam foto ini adalah juruterbang MiG-29 dan orang yang sama digelar sebagai Ghost of Kyiv. Ia menakutkan musuh dan menjadi kebanggaan rakyat Ukraine.

Beliau sudah mencapai 'enam kemenangan' ke atas juruterang Rusia! Dengan pertahanan yang begitu kuat, Ukraine pasti menang!'. - Agensi


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... v-mimpi-ngeri-Rusia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48982 Replies : 26
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 4077 Replies : 3
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257005 Replies : 7116
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11042 Replies : 276
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47102 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan mangsa banjir dipercayai hanya menerima sebungkus biskut serta mi segera sahaja.
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 4892 Replies : 1
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 18896 Replies : 113

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.040455 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list