Baru-baru ini, ada sindiket penipuan yang disyaki oleh dari kumpulan Macau Scam yang makin aktif.
Malahan, ramai yang sudah hampir terpedaya dengan sindiket ini yang makin lama makin kreatif dengan modus operandi terbaru.
kredit foto: Awani/Facebook
Petikan dari odisi, satu hantaran oleh Nurhusna Said melalui sosial media Facebook yang menceritakan pengalamannya dan berharap ceritanya disebarkan supaya orang ramai sedar dengan taktik terbaru yang digunakan untuk mengambil duit mereka yang terpedaya itu.
Difahamkan, Nurhusna menjelaskan yang bagaimana dia hampir termakan umpan sindiket itu dan sindiket itu pandai menggunakan nama penuhnya dan nombor MyKad dia dalam bentuk surat waran tangkap bersama akta yang diletakkan di dalam surat itu.
kredit foto: Facebook
Berikutan itu, Nurhusna berharap ramai lagi akan bongkarkan sindiket Macau Scam ini kepada orang ramai supaya mereka tahu ini adalah adalah sindiket penipuan dan bukan dari kerajaan Malaysia. -CARI
Lain kali buat macam ni u
I mean, kenapa nak paksa kan. Walaupun pahala dapat, tapi I think lagi besar sesebuah organisasi kebajikan tu lagi lambat dana tu sampai ke mangsa yang betul2 memerlukan dan lagi banyak pembaziran untuk tanggung kos macam2.
Untuk tak off topic, surat tu sekali tengok pun dah tahu fake. Lainlah kalau scammer tu hantar sekali dengan pukau (boleh ke?).
See, sebab tu lah semakin bertambah umur ni semakin malas nak deal dengan benda yang tak perlu dalam hidup. Data terdedah, etc. Hidup secara basic je lagi aman harmoni tak mengundang.