Edited by fusuy at 10-3-2022 04:54 PM
Saat anda menggendong anak anda buat kali pertama, itu sememangnya mengharukan. Satu jasad kecil kini menjadi amanah dari Allah S.W.T untuk dijaga dan dikasihi. Ini termasuklah ibadah aqiqah untuk mereka.
Bagi anda yang sudah mula memikirkan aqiqah anak lelaki ataupun anak perempuan anda, ini merupakan panduan ringkas dan mudah.
Maksud Aqiqah
Dalam segi bahasa aqiqah membawa maksud kepada “rambut yang tumbuh di atas kepala pada kala waktu lahirnya” – pendapat daripada ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari.
Dari segi hukum syarak pula, aqiqah memberi maksud “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”
Pendapat Imam Syafi’e
Menurut Imam Syafi’e ibadah ini adalah sunat muakkad, yakni sunat yang dituntut. Hal ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
|