CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 462|Reply: 0

THT 'berpesta' di Batu Buruk

[Copy link]
Post time 16-3-2022 08:48 PM | Show all posts |Read mode
THT 'berpesta' di Batu Buruk



Pemain THT, Mohamad Firdaus Omar (kanan) menggelecek bola sambil diasak pemain NDT pada aksi Liga Hoki Malaysia di Stadium Hoki Batu Buruk. FOTO Ghazali Kori


Kuala Terengganu: Pasukan Hoki Terengganu (THT) kenduri gol selepas membelasah Pasukan Pembangunan Kebangsaan (NDT) 6-2 dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Batu Buruk (SHBB) sebentar tadi.

Pesta jaringan skuad bimbingan Roslan Jamaluddin itu bermula pada minit ketiga melalui jaringan padang penyerang muda kebangsaan, Mohammad Akhimullah Anuar Esook hasil hantaran Muhammad Noor Firdaus Rosdi.

Lima minit berselang, pintu gol NDT bocor lagi juga melalui jaringan padang menerusi sentuhan Muhammad Firdaus Omar hasil hantaran silang Muhammad Sufi Ismat MR Rohulamin.

Memasuki minit ke-23, hasil permainan satu dua dengan Faizal Saari, Muhammad Sufi Ismat berjaya menyumbat gol ketiga untuk pasukannya mendahului 3-0.

Sepanjang babak pertama, skuad pelawat kendalian Megat Azrafiq Megat Termizi memperoleh dua pukulan sudut penalti, namun gagal disudahkan dengan jaringan.

Bersambung babak kedua, Muhamad Noor Firdaus membuktikan ketajamannya di depan gawang apabila meledak jaringan keempat pasukannya juga menerusi gol padang sebelum kapten, Mohd Fitri Saari muncul penjaring gol kelima pasukannya menerusi pukulan kencang beberapa saat selepas gol keempat yang gagal dibaca penjaga gol, Noriqmal Danish Norhashimi.

Menerusi satu serangan pantas, penyerang NDT, Mohamad Shafiq Abdullah mencuri tumpuan apabila menyumbat jaringan pertama pasukannya melalui serangan balas bermula di bahagian tengah padang.

Mohamad Akhimullah kembali melebar jaringan keenam buat THT dan kedua peribadinya pada minit ke-52 melalui kuisan yang gagal dibaca penjaga gol.

Semangat melawan skuad muda negara tidak pernah luntur apabila Muhammad Salman Sudirman bijak memanfaatkan peluang terhidang untuk jaringan kedua pasukannya dua minit sebelum permainan berakhir untuk keputusan kekal 6-2 memihak kepada THT.

Dengan kemenangan itu, skuad THT kekal di tangga kedua liga di belakang pendahulu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan mengumpul 26 mata hasil sepuluh perlawanan.

Pada aksi pusingan pertama di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, THT berjaya merakam kemenangan 7-0.


https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pesta-di-batu-buruk

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.075972 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list