Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dilihat akan memberi saingan kepada Rafizi Ramli bagi merebut jawatan timbalan presiden.
PETALING JAYA: Saingan merebut jawatan nombor dua PKR bakal menyaksikan pertembungan antara Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail dengan Naib Presiden Rafizi Ramli, kata sumber.
“Farhash tidak akan merebut jawatan itu sekiranya Saifuddin bertanding. Beliau akan membantu kempen Saifuddin,” kata sumber itu, merujuk kepada Farhash Wafa Salvador, yang juga bekas pembantu kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Sebelum ini, Farhash menjadi antara individu dalam PKR yang lantang mengkritik Rafizi, bekas Ahli Parlimen Pandan berhubung keputusan kembali aktif dalam politik dan mahu merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, dalam pemilihan parti itu, tahun ini.
Pada 2018, Rafizi mencabar Timbalan Presiden PKR ketika itu, Azmin Ali, namun tewas tipis. Setahun kemudian, beliau mengambil keputusan berundur daripada kancah politik, sambil menyatakan mahu memberi tumpuan terhadap projek baharunya.
“Saifuddin pasti akan memberi cabaran getir kepada Rafizi, perebutan itu akan menjadi sengit mengambil kira Saifuddin juga adalah orang kuat parti,” kata sumber itu.
“Beliau dilihat akan memberi lebih saingan kepada Rafizi berbanding Farhash”.
Jawatan timbalan presiden parti itu kosong selepas Azmin dipecat susulan “Langkah Sheraton” yang mengakibatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari 2020.
Rafizi terbukti brilliant dalam menyerang pihak lawan dengan strategi, persisteng, ada retorik yang bagus, serangan yang bermakna kpd rakyat... aku hari tu kalau dapat nak tengok mcm mana dia mentadbir pulak bila dpt pegang kuasa yg besar sedikit spt menteri.. cuma atok dulu tak mau dia naik, takut dibayangi barangkali..
Semua yang lain di dalam pkr ini cuma tipikal watak yang mahir jaga tembolok sendiri atau jaga geng sendiri sahaja, cuma tahu jaga kedudukan dalam parti dan mahir ambik nama sahaja. ... tetapi peranan yang lebih besar seperti menghadapi cabaran semasa, menangani serangan pihak lawan dan pengurusan pentadbiran ini kelihatan lemah semuanya, kelihatan seperti sampah semuanya... Sebab itu pkr cuma parti yang cenderung berpuak-puak, kelihatan lemah dan tidak berpengaruh langsung bila dilihat dari luar... kelemahan yg akhirnya akan menjurus kpd strategi paling low clas iaitu penggunaan politik wang dalam mencari pengaruh..
haha... zaman reformasi dulu2 aku mengaku antara pengkagum puak2 depa ni...
skang tak lagik..pusing2 mostly sama je lanch** politaiksyen seko2 tak kira la mana2 parti..
Tetap utuh menyokong rapiji dek kerna dia mampu memberi idea & "formula" yang hebat tak tercapai dek akai org2 biasa.. idea seperti harga petrol, bukan sahaja mampu selesaikan masalah di Malaysia, hatta di donia yang sedang alami kenaikan harga petrol kaa gas kaa apa kaa .. harap2 negara2 lain cepat laa rebut rapiji sebelom terlambat...
betoi tuu... si Biden takkan nak kalah next election lak kan... harga naik gila2 sana.. takkan US gomen ni bodoh sangat tak nampak kehebatan "formula petrol" rapiji ...