|

Lokasi empat penyelam warga asing hilang di Pulau Tokong Sanggol, Mersing. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Mersing: Potensi tiga penyelam warga asing yang hilang ketika aktiviti latihan menyelam di Pulau Tokong Sanggol di sini ditemukan dalam keadaan selamat adalah besar.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, ia berdasarkan pengalaman ketiga-tiga mangsa dalam aktiviti menyelam dan keadaan mereka yang lengkap dengan peralatan menyelam.
Namun, katanya terdapat tiga faktor yang boleh menggugat kepada peluang mangsa ditemukan selamat iaitu cuaca buruk, dehidrasi dan hipotermia.
"Makluman awal siasatan kita dapati mereka menyelam di dasar laut selama 45 minit, kemudian naik ke permukaan air. Selepas itu membuat selaman kali kedua dan naik kembali selepas 20 minit. Namun disebabkan arus yang sangat kuat, mereka terpisah dan hanyut.
"Mereka ada berinteraksi selepas timbul kali kedua dan cuba memanggil tekong bot tetapi tidak dengar kerana telah dihanyutkan lebih kurang 500 meter dari lokasi bot berada.
"Jurulatih (Kristine Grodem) itu maklumkan dia terpisah dan dihanyutkan berhampiran Pulau Yu dan cuba mendapatkan bantuan bagi menyelamatkan tiga pelajarnya, namun disebabkan arus sangat kuat, dia tidak dapat meneruskan renangan dan ketika berpatah balik ke lokasi mendapati semua pelajarnya tiada akibat dihanyutkan arus.
"Dia terapung dengan kelengkapan menyelam dari jam 12 tengah hari semalam sebelum diselamatkan. Kita percaya potensi tiga lagi mangsa ditemui dalam keadaan selamat adalah besar," katanya dalam sidang media di pangkalan hadapan carilamat di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing di sini, hari ini.
Cyril Edward menjelaskan potensi itu dibuat berdasarkan ketiga mangsa yang mempunyai lesen menyelam dan mempunyai pengalaman membuat lebih 50 selaman.
Malah katanya ketiga mereka juga sedang dalam kursus 'Advance Open Water' dan mereka hilang dalam keadaan lengkap dengan keperluan menyelam.
Pada jam 12.05 tadi, Kristine, 35 yang juga warga Norway ditemukan selamat dan dibawa dengan helikopter ke Mini Stadium Mersing.
Kristine adalah jurulatih selam kepada lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46 dan anaknya Nathan Renze, 14, warga Belanda, serta seorang wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18 yang masih hilang ketika aktiviti latihan menyelam di Pulau Tokong Sanggol, di sini, semalam.
Kristine ditemukan di 30 batu nautika dari lokasi mangsa dipercayai hilang kira-kira jam 8.15 pagi oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-ditemukan-selamat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|