CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 606|Reply: 0

[Johor] Diuji di bulan puasa, rumah ranap dilanda ribut

[Copy link]
Post time 7-4-2022 03:24 PM | Show all posts |Read mode

MISAH Mahlan melihat keadaan sebahagian rumahnya yang musnah akibat ribut di Batu Pahat. FOTO Essa Abu Yamin

Batu Pahat: "Rumah pusaka tempat yang saya berteduh sejak lebih 50 tahun lalu ranap. Ini semua ujian," kata Misah Mahlan, 66, mangsa ribut yang melanda Batu 6, Jalan Parit Sulong di sini, semalam.

Menurut Misah, ketika kejadian kira-kira jam 5 petang itu dia berada di bazar Ramadan berdekatan membeli juadah berbuka puasa bersama anaknya.

Katanya, sebaik pulang dia terkejut mendapati sebahagian dinding dan bumbung rumah ranap akibat ribut menyebabkan semua perabot serta peralatan elektrik basah.

"Mujur ketika itu saya tidak berada di rumah, kalau tidak nyawa saya juga terancam," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Misah berkata, dia reda dengan kejadian berkenaan dan menganggap musibah itu sebagai ujian di bulan Ramadan malah percaya ada hikmah di sebalik kejadian itu.

"Saya berterima kasih kepada orang ramai dan pemimpin setempat yang datang membantu sejak malam tadi," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, beberapa rumah penduduk di Batu Pahat termasuk masjid yang mengalami kerosakan akibat bencana alam itu akan dibantu dengan segera oleh kerajaan negeri Johor.

"Pihak Baitulmal Batu Pahat akan terus ke lokasi-lokasi kejadian mengambil laporan dan menyerahkan bantuan awal kepada mangsa terbabit.

"Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Agama Islam Negeri Johor juga telah dihubungi bagi membantu secepat mungkin kepada mangsa," katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd Fared, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat juga akan menguruskan penilaian kadar kerosakan dan membantu dalam proses baik pulih.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ranap-dilanda-ribut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 10:10 PM GMT+8 , Processed in 1.139279 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list