CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 339|Reply: 0

[Pulau Pinang] Permohonan RFP untuk wujudkan teksi air masih tanda tanya

[Copy link]
Post time 8-4-2022 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Permohonan RFP untuk wujudkan teksi air masih tanda tanya
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 07 April 2022



Nurhafiza menunjukkan kenyataannya mengenai status permohonan kerajaan negeri untuk RFP perkhidmatan teksi air.


GEORGETOWN - Kementerian Pengangkutan perlu mempercepatkan pertimbangan terhadap permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memanggil tender terbuka secara 'request for proposal (RFP) untuk menyediakan perkhidmatan teksi air di negeri ini.


Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Nurhafiza Huda Idris berkata, kerajaan negeri telah merancang untuk menyediakan perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang seperti yang dikemukakan dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.


Menurutnya, pada 15 September tahun lalu, kerajaan negeri melalui MBPP telah menghantar satu surat kepada Kementerian Pengangkutan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan untuk memanggil tender terbuka secara RFP.


"RFP tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan cadangan menyeluruh daripada syarikat yang berminat untuk menyediakan dan mengoperasikan perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang.


"Walaupun sudah lebih enam bulan, pihak MBPP masih belum mendapat maklum balas mahupun kelulusan untuk mengadakan sebarang perbincangan daripada kementerian terbabit," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.


Nurhafiza berkata, perkhidmatan teksi air adalah diperlukan sebagai satu mod pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menggalakkan aktiviti pelancongan di Pulau Pinang.


Katanya, projek ini tidak dapat dilaksanakan di peringkat negeri kerana ia tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, seperti yang termaktub dalam Jadual 9, Akta Perlembagaan Persekutuan.


"Sebagai Ahli Majlis MBPP yang mewakili Persatuan Kemajuan Nusa Pulau Pinang, saya menggesa Kementerian Pengangkutan mempercepatkan pertimbangan terhadap permohonan tersebut demi kepentingan rakyat Pulau Pinang," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... r-masih-tanda-tanya
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.879946 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list