CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 425|Reply: 0

[Negeri Sembilan] KPDNHEP rampas aksesori kereta tiruan RM32,410

[Copy link]
Post time 9-4-2022 10:31 AM | Show all posts |Read mode

Pasukan Penguatkuasa KPDNHEP Negeri Sembilan memeriksa sebuah premis di Taman Desa Cempaka, di sini, kerana disyaki menjual aksesori kereta menggunakan jenama tiruan. Foto Ihsan KPDNHEP.

Nilai: Sebuah premis yang menjual aksesori kereta di Taman Desa Cempaka, di sini, dikesan membekalkan pembesar suara (speaker) dan subwoofer yang disyaki tiruan dengan menggunakan jenama terkenal.

Dalam serbuan yang dijalankan sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan petang semalam, sebanyak 334 produk tiruan dianggarkan bernilai RM32,410 dirampas.

Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, serbuan berkenaan hasil risikan yang dilakukan pihaknya dan kerjasama dengan wakil cap dagang.

"Semalam, seramai enam anggota penguat kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan menjalankan operasi ke atas sebuah premis membekalkan aksesori kenderaan di Taman Desa Cempaka kerana membekalkan aksesori yang disyaki menyalahgunakan satu cap dagang berdaftar yang terkenal.

"Tindakan ini adalah hasil dari pemantauan dan kerjasama yang dibuat pihak KPDNHEP Negeri Sembilan dan pihak pengadu bagi cap dagang berkenaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Ain Arjuna berkata, pemeriksaan lanjut di premis berkenaan menemui sebanyak 334 pembesar suara dan subwoofer bagi jenama yang disyaki adalah tiruan.

"Anggaran nilai rampasan sebanyak RM32,410. Kesemua barangan berkenaan disita mengikut Seksyen 102 (1) Akta Cap Dagangan 2019 bagi tujuan siasatan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... reta-tiruan-rm32410

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.049936 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list