|

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menggerakkan pesawat Bombardier CL 415 MP bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) penyelam warga asing yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, Mersing. - Foto BERNAMA
MERSING: Dua penyelam yang hilang di Pulau Tokong Sanggol, di sini pada Rabu ditemui selamat oleh nelayan tempatan kira-kira jam 1 pagi tadi.
Mereka ialah penyelam warga Britain, Adrian Peter Chesters, 46 dan wanita warga Perancis, Alexia Alexandra Molina, 18.
Khamis lalu, seorang penyelam warga Norway, Kristine Grodem, 35 ditemui selamat.
Grodem yang juga jurulatih selam ditemui di 30 batu nautika dari lokasi mangsa dipercayai hilang kira-kira jam 8.15 pagi oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand.
Mangsa yang masih hilang adalah anak Chesters dikenali sebagai Nathen Renze, 14, yang juga warga Belanda.
https://www.bharian.com.my/berit ... m-ditemukan-selamat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|