CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemandu MPV maut nahas dengan lori

[Copy link]
Post time 9-4-2022 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu MPV maut nahas dengan lori

Oleh Nur Izzati Mohamad - April 9, 2022 @ 6:16pm  [email protected]




Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Ara Kuda Desa Ara Jaya, Tasek Gelugor, hari ini. - Foto JBPM Pulau Pinang




TASEK GELUGOR: Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terbabit nahas dengan sebuah lori di Jalan Ara Kuda, Desa Ara Jaya di sini, hari ini.

Pemandu Perodua Alza, Mohamad Fikri Mohd Zuki, 27, disahkah meninggal dunia dalam kejadian tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 12.09 tengah hari.

"Kemalangan membabitkan sebuah Perodua Alza dan lori tanpa muatan.

"Pemeriksaan mendapati tiga mangsa di dalam Perodua Alza iaitu pemandu yang tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) serta dua penumpang, masing-masing lelaki dan wanita yang cedera.

"Pemandu lori tidak diketahui kerana tiada di tempat kejadian ketika anggota bomba tiba," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, anggota bomba melakukan kerja penyelamatan untuk mengeluarkan semua mangsa dan selesai pada jam 12.44 tengah hari.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.37 tengah hari," katanya.

Difahamkan, dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan lanjut.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:07 PM GMT+8 , Processed in 2.000770 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list