CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 553|Reply: 1

[Negeri Sembilan] 2,000 biji tepung pelita habis dalam sejam

[Copy link]
Post time 10-4-2022 10:02 AM | Show all posts |Read mode

ERIZAL (kiri) dan Mohd. Aieril menunjukkan tepung pelita yang dijual di Bazar Ramadan Tampin, Tampin semalam. – NOR AINNA HAMZAH


TAMPIN – Sejak lapan tahun lalu, Gomok Tepung Pelita di Bazar Ramadan Tampin, di sini menjadi tarikan pengunjung pelbagai bangsa apatah lagi air tangan tiga beranak itu hanya boleh dirasai ketika Ramadan.

Erizal Darani, 42, berkata, walaupun sambutan dan permintaan yang diterima sangat menggalakkan, namun mereka hanya mampu menyediakan maksimum 2,000 biji tepung pelita sehari.

“Untuk menyiapkan bekas menggunakan daun pandan menelan masa lebih lima jam.

“Setiap hari saya dan anak sulung, Mohd. Aieril Ilham, 17, akan membuat bekas itu, manakala isteri pula, Farawayu Shahidan, 41, akan membuat tepung pelita.

“Alhamdulillah, ha­ri pertama bazar Ramadan dibuka hampir 2,000 biji tepung pelita habis dalam masa sejam sahaja,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, Farawayu berkata, setiap hari dia memerlukan 10 kilogram (kg) santan dan tepung 5kg untuk menghasilkan tepung pelita berlemak, tidak terlalu cair dan sedap dan itu merupakan rahsia rezeki ‘killer’ buat mereka sekeluarga. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... -habis-dalam-sejam/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2022 02:31 PM | Show all posts
terbaca tepong pelit plak..............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.049006 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list