View: 459|Reply: 0
|
[Johor]
Dua lelaki maut tersepit dalam kereta
[Copy link]
|
|

ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta. FOTO Ihsan JBPM.
Johor Bahru: Dua pemuda maut selepas terbabit kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 9.13 malam.
Katanya, seunit jentera dengan kekuatan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Azhar Abd Aziz.
"Kemalangan membabitkan kereta Toyota Vios dan lori Daihatsu, dengan mangsa tersepit adalah pemandu dan penumpang tempat duduk hadapan kereta.
"Kedua-dua kenderaan menghala ke arah bandar raya," katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, anggota segera membantu mengeluarkan mangsa yang dikenali K Pratep Raj, 23, dan R Sharan Raj, 26 , manakala pemandu lori yang berusia 50-an tidak cedera.
Katanya, operasi itu ditamatkan pada 10.11 malam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rsepit-dalam-kereta |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|