CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 469|Reply: 0

[Johor] Wanita menangis bersyukur terlepas hukuman gantung

[Copy link]
Post time 11-4-2022 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Muar: Seorang wanita menitiskan air mata kesyukuran terlepas daripada hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh suaminya lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Awang Armadajaya Awang Mahmud membuat keputusan itu selepas mendapati tertuduh, Nur Hidayah Abdullah, 22, melakukan perbuatan berkenaan ketika masih di bawah umur iaitu 17 tahun.

Tertuduh ditakrifkan sebagai kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dan tidak boleh dijatuhkan hukuman mandatori.

Kemudian mahkamah memerintahkan tertuduh ditahan penjara selama yang diperkenankan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana kejadian berkenaan ketika itu berada di Negeri Johor.

Mengikut pertuduhan, tertuduh boleh merayu kepada Lembaga Pengampunan dan Sultan Johor untuk sebarang peringanan hukuman atau memendekkan tempoh tahanan.

Selepas mendengar rayuan daripada peguam bela dalam prosiding berkenaan, Awang Armadajaya mendapati bahawa kehidupan tertuduh sebelum ini penuh dengan duka dan kesukaran dan berharap tertuduh menjadi insan yang baik selepas ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azfar Mahmod dan Mustaqim Sukarno manakala tertuduh diwakili peguam Yoong How Kiat.

Mengikut pertuduhan, Nur Hidayah didakwa membunuh suaminya Mohd Firdaus Md Sallehuddin, 28, di sebuah rumah beralamat No 130 A, Jalan Indah 6, Taman Pertama Indah, Sungai Abong, di sini, kira-kira 1.30 petang pada 17 Oktober 2017.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.



Tertuduh terlepas hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Muar hari ini. Foto Essa Abu Yamin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.080051 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list