CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 473|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 1,500 pek bubur lambuk untuk asnaf

[Copy link]
Post time 11-4-2022 10:12 AM | Show all posts |Read mode

AKTIVITI memasak bubur lambuk secara gotong-royong sukarelawan dan penduduk di Masjid Jamek Kampung Pasir Besar Gemas hari ini. Foto Ihsan NGO

Gemas: Sebanyak 1,500 pek bubur lambuk diagihkan kepada keluarga asnaf di Kampung Pasir Besar, dalam program Semarak Ramadan yang diadakan di Masjid Jamek Pasir Besar, di sini, hari ini.

Program anjuran bersama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Pertubuhan Amal dan Kebajikan Al-Baasith Negeri Sembilan (Al-Baasith) itu turut mengagihkan barangan keperluan asas bernilai RM100 kepada 100 keluarga.

Penyelaras program, Khairul Nizam Khairuddin berkata, selain membantu dan mendampingi masyarakat yang kurang berkemampuan, matlamat program adalah menjayakan kempen Jom ke Masjid sempena Ramadan.

"Dalam program ini, kita memasak tiga periuk besar bubur lambuk secara bergotong-royong di perkarangan masjid.

"Aktiviti memasak bubur bermula jam 9 pagi dan selesai jam 12 tengah hari. Kesemua 1,500 pek bubur lambuk diagihkan kepada masyarakat sekitar.

"Program berkenaan menjadi sebahagian daripada pengisian utama Ihya Ramadan bertujuan menggalakkan umat Islam di kawasan ini mengimarahkan masjid dan surau susulan Fasa Peralihan Endemik yang bermula 1 April lalu," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Kampung Pasir Besar, Abu Kassim Ujang berkata, program berkenaan bukan sahaja membantu keluarga kurang mampu tetapi dapat menarik golongan muda untuk ke masjid dan surau.

"Usaha ini juga seiring dengan fokus jawatankuasa masjid dalam mengimarahkan tempat beribadah dan pusat aktiviti bagi komuniti setempat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lambuk-untuk-asnaf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.038390 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list