CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 470|Reply: 0

[Johor] Urus lima anak lepas suami meninggal dunia

[Copy link]
Post time 11-4-2022 10:37 AM | Show all posts |Read mode

Gambar kenangan Zalinda bersama arwah suaminya, Mohd. Norhairullah dan anak-anak mereka ketika meraikan lebaran tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Berat mata memandang, berat lagi bebanan yang terpaksa dipikul seorang ibu tunggal kepada lima anak selepas kematian suaminya, Mohd. Norhairullah Abu Bakar, 34, pada 29 Januari lalu.

Wanita berkenaan, Zalinda Zainal, 34, kini berseorangan menjaga zuriat berusia satu hingga 11 tahun.

Menurutnya, suaminya me­ninggal dunia ketika melakukan kerja mengambil upah mengangkat barang di Flat Jasa Mutiara Rini di sini.

“Kejadian berlaku pada 29 Januari lalu, setibanya di tempat kerja, suami mengadu sa­kit dada sebelum rebah.

“Dia (suami) sebelum ini be­kerja di Singapura tetapi berhenti kerana pintu sempadan ditutup akibat Covid-19,” katanya.

Tambahnya, selepas kematian suami, dia yang merupakan suri rumah hilang punca dan bingung memikirkan nasib anak-anaknya.

Ceritanya, kehidupan mereka bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan dia hanya menghantar kuih ke gerai bagi mendapatkan wang.

“Saya bergantung hidup dengan duit yang dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta wang ihsan kawan dan keluarga terdekat.

“Kami juga makan ala kadar dan berjimat, kami pernah ikat perut dan terpaksa makan nasi berlauk telur serta kicap sahaja,” ujarnya yang membayar sewa rumah RM350 sebulan.

Zalinda berkata, dia bersyu­kur apabila kesempitan hidup mereka mendapat perhatian Majlis Agama Islam Johor (Maij) yang tampil menghulurkan bantuan segera termasuk memberikan wang perbelanjaan selain kelengkapan sekolah anak-anak.

Jelasnya, pihak Maij juga telah menguruskan permohonan bantuan sara hidup asnaf sebanyak RM500 sebulan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Zalinda ditalian 018-7910615 atau te­rus salurkan ke akaun Bank Islam 01014025258636.
https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... mi-meninggal-dunia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.456259 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list