View: 543|Reply: 2
|
[Negeri Sembilan]
Diperdaya tawaran kerja sambilan, doktor rugi lebih RM173,000
[Copy link]
|
|

AIBEE ABD. GHANI
SEREMBAN: Hasrat seorang doktor di Lukut, Port Dickson, dekat sini menambah pendapatan bertukar menjadi mimpi buruk selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara pemasaran digital dalam laman web membeli-belah terkemuka, sehingga mengalami kerugian sebanyak RM173,888.74.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd. Ghani berkata, mangsa iaitu wanita berusia 29 tahun pada awalnya berkenalan dengan seorang individu melalui Instagram yang menawarkan pekerjaan tersebut pada 8 April lalu.
Mangsa yang berminat dengan tawaran tersebut kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang diuruskan oleh seorang lelaki mendakwa bernama Alex.
“Mangsa diberi tugasan untuk membuat pembelian barangan di laman web tersebut dan akan menerima komisyen. Tugasan pertama mangsa berjumlah RM99 dan mangsa menerima komisyen sebanyak 10 peratus daripada modal yang dibuat.
“Selepas itu, mangsa diminta membuat tugasan tujuh pembelian barangan seterusnya pada 9 April lalu dengan nilai harga barang agak tinggi dan melakukan pemindahan wang ke dalam akaun bank yang dinyatakan.
“Mangsa dijanjikan menerima komisyen ke atas pembelian barangan tersebut selesai pada 10 April lalu, namun mangsa mula rasa ditipu setelah diminta membuat sekali lagi pembayaran untuk perlindungan diri sebanyak RM74,872.41 untuk menebus modal dan komisyen yang dijanjikan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Aibee, mangsa membuat laporan di Balai Polis Lukut, Port Dickson dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, kata beliau, sejak Januari lalu hingga semalam, telah membuka sebanyak 80 kertas siasatan membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM1,103,195.46. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ugi-lebih-rm173000/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semalam tgk tv, terkesima jugak la tgk doktor pun blh terpedaya. mmg licik taktik sindiket ni gunakan. |
|
|
|
|
|
|
|
I pun selalu dpt wassap , berminat buat kerja sambilan?
Tak layan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|