CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1796|Reply: 6

[Tempatan] Pakej haji swasta tahun ini RM50,000 hingga RM270,000 seorang

[Copy link]
Post time 11-4-2022 11:31 PM | Show all posts |Read mode
Pakej haji swasta tahun ini RM50,000 hingga RM270,000 seorang- Foto fail
KUALA LUMPUR: Kos menunaikan ibadah haji tahun ini menerusi syarikat pengendali umrah dan haji swasta, dijangka mencecah antara RM40,000 hingga RM50,000 seorang, kata Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) Datuk Seri Razali Mohd Sham.

Beliau berkata, peningkatan itu berikutan kos pengurusan haji yang semakin meningkat meliputi penginapan, makanan dan pengangkutan yang perlu ditanggung jemaah.

"Dahulu kos untuk seorang jemaah haji menginap di Arafah dan Mina adalah sebanyak 1,034 Riyal (kira-kira RM1,166.44), sekarang sudah 5,433 Riyal (bersamaan kira-kira RM6,128.72)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas jangkaan berlakunya peningkatan mendadak kos menunaikan ibadah haji para jemaah tahun ini, apabila Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan kos meningkat kepada lebih RM25,000 susulan kenaikan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.

Razali berkata selain itu, peningkatan kos haji juga disebabkan oleh kenaikan cukai nilai tambah (VAT) yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.
"Sudah pasti bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan swasta ini perlu mengambil kira (pelbagai sudut termasuk) kedudukan hotel yang berdekatan dengan masjid dan sebagainya (yang) akan mempengaruhi kos," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Manazel Al Mashaer Travel Services Sdn Bhd Mohd Lokman Hamzah berkata kenaikan harga itu antara lain disebabkan oleh kos penginapan yang melambung tinggi susulan kekurangan hotel yang dibenarkan beroperasi.

"Hotel itu ada, tapi permit atau pun lesen untuk beroperasi itu belum diluluskan lagi atas faktor COVID-19 dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Kalau dahulu untuk sebilik katakanlah semasa Ramadan, kita boleh dapat (harga) dalam RM18,000 hingga RM19,000, tetapi sekarang dah jadi RM25,000 sebilik disebabkan kekurangan hotel," katanya.

Mengakui kenaikan kos menunaikan rukun Islam kelima itu akan memberi kesan kepada syarikat-syarikat pengendali umrah dan haji, Mohd Lokman bagaimanapun berkata kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan.

"Kemungkinan (permintaan haji daripada jemaah) akan berkurangan disebabkan kenaikan kos. Kalau jemaah sudah terpilih, sudah tentu dia akan pilih TH yang (menawarkan kos haji sebanyak) RM25,000. Nak tak nak, mesti dia kena pergi (menunaikan haji) juga.

"Berbanding dengan swasta macam kami ini, pakej (menunaikan haji) paling rendah pun dah RM53,000 atau RM55,000 (dan) rata-rata dari semua agensi paling rendah RM55,000 dan untuk pakej yang paling tinggi boleh mencecah RM270,000 dulu RM230,000," katanya. – BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by white_musk at 12-4-2022 05:51 AM

Mahalnya... Lebih baik adik2 kumpul duit dari sekarang.

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
giler ar…
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 07:09 AM | Show all posts
ereb saudik dah nak bangkrut ka tukar kpd religious tourism pulak
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 08:55 AM | Show all posts
pakej swasta mmg mahal...nak murah ikut muassasah. ambik tarikh hujung2...lpeas musim haji byk hotel kosong pi la dok hotel bayar sendiri still lg murah dr ambik pkg harga yahudi.agent betul2 make money ye
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:30 PM | Show all posts

Makin Menuron


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2022 11:12 PM | Show all posts
bagi saya senang je, kalau dah setiap tahun mampu keluarkan duit sekurang2nya rm10k utk melancong ke luar negara, apa salahnya keluarkan duit lebih sikit utk ambil pakej swasta mengerjakan haji .. peluang sekali seumur hidup tu tunaikan haji untuk beribadat dengan lebih selesa.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.052237 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list