CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 596|Reply: 4

Seronok Ya Abang-abang Main Meriam Karbaid Tepi Jalan? Tunggulah Polis Cekup!

[Copy link]
Post time 12-4-2022 06:21 AM | Show all posts |Read mode
Polis mengesan beberapa individu yang bermain meriam karbaid di tepi Jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam di sini seleps video aktiviti itu tular di media sosial semalam.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 2 minit 20 saat itu yang menunjukkan sekumpulan lelaki dewasa sedang bermain meriam berkenaan di laman sosial Twitter.




Tangkap layar video memaparkan sekumpulan lelaki sedang bermain meriam buluh.




“Video itu memaparkan mereka bermain meriam karbaid di tepi jalan raya dan membuat gangguan bising kepada penduduk.


“Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam video itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, polis menasihati orang ramai agar tidak bermain meriam karbaid sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana ia merupakan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.


Sementara itu, video berkenaan memaparkan sekumpulan lelaki dewasa bermain meriam karbaid yang diperbuat daripada paip PVC di hadapan deretan rumah kedai.


Ia menunjukkan meriam berkenaan dihalakan ke arah jalan raya yang dilalui banyak kenderaan.




Sumber: KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ku doakan meriam tu meletop kena muka dia....baru ade akai
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Awal2 posa dah main mercun..meriam...

Tam famham lamsum akum
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by batu kikir at 12-4-2022 09:42 AM

Zaman aku remaja dulu2 pernah main meriam buloh gak. To be safe.....ikat batang buluh tu dengan dawai. Pangkal,  hujung,  tengah.  Lagi banyak lilitan dia lagi bagus.  Tanam pangkal buluh dalam tanah.  Lubang nak letak air pada karbaid dan nak cucuh api.......jangan kauorang kambus pulak.
Walaubagaimanapun zaman sekarang tak bolih main meriam buloh lagi.......so just follow the law. Sebagai alternatif.......buat letup2.......pakai buah cenerai.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
zaman rock 80-an..dedulu..pernh nengok..abg2...main meriam karbaid ni....bunyi dia...cam kt medan perang(walau x pernh pi...pon)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.088577 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list