CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 481|Reply: 3

[Tempatan] Polis kesan kumpulan lelaki dewasa bermain meriam karbaid di tepi jalan

 Close [Copy link]
Post time 12-4-2022 08:33 AM | Show all posts |Read mode
Polis kesan kumpulan lelaki dewasa bermain meriam karbaid di tepi jalan

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... baid-di-tepi-jalan/

Oleh MOHD SYALMIZI HAMID
11 April 2022, 11:16 pm


Tangkap layar video memaparkan sekumpulan lelaki sedang bermain meriam buluh.

SEBERANG PERAI – Polis mengesan beberapa individu yang bermain meriam karbaid di tepi Jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam di sini seleps video aktiviti itu tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 2 minit 20 saat itu yang menunjukkan sekumpulan lelaki dewasa sedang bermain meriam berkenaan di laman sosial Twitter.

“Video itu memaparkan mereka bermain meriam karbaid di tepi jalan raya dan membuat gangguan bising kepada penduduk.

“Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam video itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis menasihati orang ramai agar tidak bermain meriam karbaid sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana ia merupakan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Sementara itu, video berkenaan memaparkan sekumpulan lelaki dewasa bermain meriam karbaid yang diperbuat daripada paip PVC di hadapan deretan rumah kedai.

Ia menunjukkan meriam berkenaan dihalakan ke arah jalan raya yang dilalui banyak kenderaan . – KOSMO! ONLINE.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila ke apa?  Nampak macam kan taman perumahan rumah teres memang patut pun orang buat aduan. Harap2 dapat la cekup malaun dua ekor ni.  Ingat ni kampung in the 80s ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 09:02 AM | Show all posts
melayu jela yang beribadat buat benda2 sia2 camni. macam diaorg je paling kuat menahan lapar dan dahaga masa puasa. dah la main mercun budaya lapuk.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.469755 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list