CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 429|Reply: 1

[Tempatan] Remaja lelaki maut dihempap lif pengangkut barang

 Close [Copy link]
Post time 12-4-2022 08:36 AM | Show all posts |Read mode
Remaja lelaki maut dihempap lif pengangkut barang

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... -pengangkut-barang/

Oleh NOR AZIAH MAT NOH
11 April 2022, 11:13 pm


Mayat seorang remaja lelaki yang dihempap lif pengangkut barang di sebuah pasar raya di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu petang tadi.

BINTULU – Seorang remaja lelaki maut akibat dihempap lif pengangkut barang di sebuah pasar raya di Jalan Sultan Iskandar, di sini petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pasukan bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.21 petang.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, kita mendapati mangsa lelaki yang merupakan pekerja di pasar raya terbabit tersepit di dalam lif barangan gudang.

“Susulan itu, bomba bertindak mengeluarkan lelaki yang berusia 18 tahun itu namun mangsa telah disahkan mati oleh pihak perubatan yang hadir di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pasukan bomba mengambil masa selama satu jam bagi mengeluarkan mayat mangsa yang terletak di tepi lif pengangkut barang berkenaan sebelum dialihkan ke tempat selamat.

Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 01:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.115003 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list