CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 455|Reply: 1

[Dunia] Penduduk Shanghai menjerit, derita ‘dikurung’ lebih seminggu

 Close [Copy link]
Post time 12-4-2022 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk Shanghai menjerit, derita ‘dikurung’ lebih seminggu

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... ung-lebih-seminggu/

Oleh KOSMO!
12 April 2022, 9:00 am


Bekalan makanan di Shanghai dilaporkan semakin berkurangan. – Alamy

BEIJING – Sebilangan klip video yang tersebar di internet menunjukkan warga kota  Shanghai menjerit dari tingkap apartmen mereka selepas dilarang keluar rumah selama lebih seminggu, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Penduduk bandar ketiga terbesar di dunia itu dikenakan perintah berkurung sejak 5 April lalu dengan bekalan makanan dilaporkan semakin kehabisan.

Rakaman video yang dikongsikan di media sosial China itu  pada awalnya menunjukkan keadaan waktu malam di Shanghai yang tertera blok-blok  pangsapuri.

Tidak lama kemudian, berpuluh-puluh suara jeritan meminta makan dan ubat kedengaran  kedengaran dari blok-blok bangunan tersebut. Turut dilihat adalah cahaya lampu sorot yang dinyalakan dari salah sebuah bangunan pangsapuri.

Menurut laporan, sesetengah penduduk  kota raya itu dilarang keluar rumah selama lebih dua minggu walaupun untuk mendapatkan bekalan makanan.

Aplikasi-aplikasi penghantaran makanan turut menunjukkan bahawa kebanyakan kedai telah kehabisan stok sekali gus membuatkan penduduk semakin tertekan dan menderita.

Pada Sabtu lepas, sekumpulan penduduk yang kelaparan dirakam cuba merompak sebuah pasar raya selepas makanan mereka dicatu oleh pemerintah.

Pemerintah China sebelum ini merancang untuk melaksanakan perintah berkurung secara berfasa di  timur dan barat Shanghai bermula 28 Mac lalu.

Namun, pelaksanaannya diperluaskan ke seluruh bandar raya  itu dan tidak berakhir seperti yang dijualkan pada 5 April lepas ekoran kes yang semakin meningkat.

Sebanyak 26,087 jangkitan Covid-19 dilaporkan di bandar hab kewangan China itu kelmarin sekali gus angka tertinggi yang pernah direkodkan. –

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 01:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.046919 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list