CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 693|Reply: 1

[Politik] Anwar kekal Presiden, tiada pencabar dalam pemiliha

 Close [Copy link]
Post time 12-4-2022 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Anwar kekal Presiden, tiada pencabar dalam pemilihan


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan kerusi Presiden pada Pemilihan PKR 2022 selepas tiada pencabar bagi jawatan itu.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan kerusi Presiden PKR pada Pemilihan PKR 2022.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution, berkata Anwar mengulangi sejarah pemilihan parti itu pada 2018, dengan menang tanpa bertanding bagi jawatan itu selepas pencalonan bagi bertanding jawatan tertinggi parti diadakan semalam.

"Ini adalah penghormatan terbesar daripada akar umbi PKR. Saya dengan penuh takzim mengucapkan tahniah kepada saudara Anwar," kata Saifuddin melalui Twitter pagi tadi.

Semalam, kenyataan daripada pejabat Presiden PKR memaklumkan, Anwar akan mempertahankan jawatan itu bagi penggal 2022/2025.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menghantar permohonan pencalonan pada jam 12.14 tengah hari semalam, menerusi aplikasi ADIL.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... bar-dalam-pemilihan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 01:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.230026 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list