CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 710|Reply: 2

[Tempatan] Kanak-Kanak Hiperaktif Maut Terjatuh Dari Tingkat 11 Pangsapuri

 Close [Copy link]
Post time 12-4-2022 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-Kanak Hiperaktif Maut Terjatuh Dari Tingkat 11 Pangsapuri

KUALA LUMPUR, 12 April – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11 di Pangsapuri Intan, Taman Puchong Intan, Subang Jaya, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 6.45 petang.

Beliau berkata mayat kanak-kanak berkenaan ditemukan terlentang di atas bumbung tempat letak kenderaan di aras dua bangunan tersebut.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang mempunyai masalah Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau hiperaktif itu sedang bermain permainan video bersama tiga adik-beradik yang lain sebelum disedari hilang.

“Ketika kejadian, ibu mangsa berada di rumah dan bekerja secara dalam talian manakala bapa kanak-kanak itu berada di kuil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Khalid berkata setakat ini, polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

— BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 03:19 PM | Show all posts
Thread dah ada
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.163441 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list