CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 306|Reply: 0

[Tempatan] Berita dari Sibu. Lagi dan lagi. Dua wanita rugi RM314,000 kena tipu ngan Macau Scam

[Copy link]
Post time 13-4-2022 12:10 AM | Show all posts |Read mode
Dua wanita rugi RM314,000 diperdaya Macau Scam
| | 12 April 2022

SIBU - Dua wanita di Sarawak mengalami kerugian RM314,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Sarawak, Superintendan Maria Rasid pada Selasa.

Beliau berkata, wanita pertama, seorang juruwang syarikat swasta di Mukah dalam laporannya kepada pihak polis pada 9 April lepas mendakwa kerugian RM174,000, selepas ditipu pihak yang mengaku diri mereka dari Pos Laju dan polis.

"Kejadian menimpa wanita berusia lewat 20-an itu bermula selepas beliau menerima panggilan telefon daripada seorang wanita tidak dikenali mendakwa dirinya petugas di pejabat Pos Laju Kuala Lumpur pada 7 April lepas.

"Suspek mendakwa mangsa mempunyai barangan kiriman iaitu kad pengenalan dan kad kredit yang belum dituntut, sebelum menyambungkan talian kepada individu lain yang menyamar sebagai 'Inspektor Kho'.

"Inspektor itu mengatakan kad pengenalan mangsa telah digunakan seseorang untuk membuka akaun bank yang terlibat dengan kegiatan pengubahan wang haram dan meminta mangsa membuat sejumlah pembayaran bagi mengelakkan nama mangsa disenaraihitamkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, suspek terus menakut-nakutkan mangsa dengan mengatakan mangsa mempunyai kaitan dengan kes jenayah melibatkan penama 'Long Kek Wee' dan mangsa dikatakan akan mendapat komisen lumayan jika membuat bayaran bagi menyelesaikan kes tersebut.

"Akibat panik dan keliru, mangsa kemudian telah membuat 31 kali transaksi pemindahan wang keseluruhan berjumlah lebih RM174,000 ke empat akaun bank atas nama individu yang tidak dikenali di antara 7 April dan 9 April lepas.

"Mangsa mula menyedari ditipu apabila suspek masih menghubunginya dan meminta bayaran tambahan,” kata Maria.

Satu lagi kes dilaporkan pada 8 April lepas melibatkan seorang penjawat awam wanita berusia awal 40-an di Miri, dengan penipuan bermula pada 14 Januari selepas menerima panggilan telefon daripada seorang wanita bernama 'Mastura' dari syarikat insurans Takaful.

Menurutnya, suspek mendakwa mangsa telah membuat tuntutan insurans Takaful dan diluluskan oleh ibu pejabat syarikat insurans Takaful di Kuala Lumpur, namun dinafikan mangsa sebelum beliau diarahkan menyerahkan nombor akaun bank kepada suspek.

"Panggilan telefon itu kemudian disambungkan kepada seorang lagi suspek yang menyamar sebagai 'Sarjan Billy' dari Balai Polis Pudu yang mendakwa telah membuat semakan dan mendapati nama mangsa terlibat dengan kes pengubahan wang haram berjumlah RM2 juta yang telah dimasukkan ke akaun bank mangsa.

"Panggilan itu seterusnya disambungkan kepada suspek yang menyamar sebagai 'Tuan Chong', seorang pendakwa raya untuk membolehkan mangsa menyelesaikan kes tersebut dengan membuat pembayaran wang berjumlah RM140,000.

"Mangsa kemudian diarahkan suspek membuka akaun bank baharu dan memberikan nombor akaun, nombor kad ATM serta mendaftarkan perbankan secara dalam talian (akaun bank baharu) di atas nombor telefon yang diberikan oleh suspek.

"Akibat panik dan cemas, mangsa telah memasukkan wang pinjaman bank, wang gadaian barangan kemas dan wang simpanan miliknya keseluruhan berjumlah RM140,000 ke dalam akaun bank yang baharu dibuka itu sebagai wang jaminan bagi menyelesaikan kes tersebut antara 18 Feb dan 28 Mac,” kata Maria.

Katanya, mangsa menyedari telah ditipu apabila mendapati wang tersebut hilang dari akaun bank beliau dan gagal menghubungi nombor telefon yang diberikan oleh suspek, untuk mendapatkan kembali wang miliknya.- Bernama


sumber: sinarharian.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.046460 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list