CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2310|Reply: 0

Ratusan mahasiswa berdemonstrasi di depan kompleks Parlimen Indonesia

[Copy link]
Post time 13-4-2022 08:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 13-4-2022 12:04 AM

JAKARTA: Ratusan mahasiswa berkumpul di hadapan kompleks Parlimen di sini memprotes kenaikan harga minyak masak serta menolak rancangan pelanjutan tempoh jawatan presiden.
Demonstrasi anjuran Badan Eksekutif Mahasiswa Seluruh Indonesia turut diadakan serentak pada Isnin di Ambon, Bandung, Makassar, Manokwari, Palembang, Palu, Semarang dan Samarinda.

Demonstrasi itu tetap berlangsung meskipun sehari sebelumnya Presiden Joko Widodo melalui akaun Youtube Sekretariat Presiden menegaskan Pilihan Raya Umum 2024 tidak ditunda.

Kenyataan itu dibuat untuk menamatkan spekulasi dalam kalangan masyarakat kononnya kerajaan cuba menangguhkan pilihan raya atau pelanjutan jawatan presiden dan presiden tiga penggal.

Di Jakarta, mahasiswa berkumpul seawal pagi di pintu gerbang Monumen Nasional dan di Bulatan Patung Kuda Arjuna Wiwaha.

Polis Daerah Metro Jaya mengerahkan 6,826 anggota berkawal untuk memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dan 1,333 anggota tentera dikerah untuk membantu mengawal keselamatan.

Demonstrasi berakhir setelah wakil mahasiswa menyampaikan tuntutan kepada wakil ketua Dewan Perwakilan Rakyat yang diiringi Ketua Polis, Jenderal Listyo Sigit Prabowo di kompleks Parlimen. - BERNAMA



utusanborneo.com.my/2022/04/12


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47162 Replies : 21
Edisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu Angka
telracsEdisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu An
Views : 11044 Replies : 25
Perang Perdagangan sudah bermula, yehawww!
maklukpenggodaPerang Perdagangan sudah bermula, yehaww
Views : 2209 Replies : 2
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11109 Replies : 278
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 6306 Replies : 4
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257047 Replies : 7118
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48983 Replies : 27
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.039974 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list