CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 930|Reply: 13

[Dunia] Rusia mahu tamatkan order dunia yang didominasi oleh AS

[Copy link]
Post time 13-4-2022 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Rusia mahu tamatkan order dunia AS

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... kan-order-dunia-as/

Oleh KOSMO!
13 April 2022, 8:00 am


Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov berucap pada sidang akhbar selepas perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Armenia di Moscow, pada 8 April lalu. - AFP

MOSCOW – Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov menyatakan bahawa operasi ketenteraan khas di Ukraine bertujuan untuk menamatkan order atau aturan dunia  yang didominasi oleh Amerika Syarikat (AS), lapor laman berita RT, kelmarin.

Beliau berkata,  Washington sudah sekian lama mengukuhkan penguasaan dengan melaksanakan peraturan sendiri dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Beliau merujuk kepada percubaan AS untuk melaksanakan ‘order  antarabangsa berdasarkan  peraturan sendiri’ yang mendapat tentangan kuat daripada  Moscow dan China.

“Operasi ketenteraan khas Rusia bertujuan untuk menamatkan perluasan tidak tahu malu oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan usaha AS serta Barat yang mahukan penguasaan penuh di pentas dunia.

“Penguasaan ini dibina dengan melanggar undang-undang antarabangsa dan melaksanakan undang-undang sendiri,” ujar Lavrov.

Tambah beliau, Rusia adalah antara negara yang tidak akan tunduk kepada kehendak Washington.

Rusia tidak mempunyai masalah untuk menjadi sebahagian daripada komuniti antarabangsa yang setara tetapi tidak akan memberikan kuasa atau kawalan penuh kepada Barat.

Lavrov turut mengecam Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell kerana kelihatan seperti menggalakkan lebih banyak pertempuran di Ukraine.

Borrell baru-baru ini mengumumkan akan menyalurkan lebih banyak bantuan ketenteraan kepada Kiev. Lavrov menganggap keputusan itu sebagai keterlaluan.

“Apabila seorang ketua diplomatik (Borrell) mengatakan bahawa konflik tertentu hanya boleh diselesaikan melalui tindakan ketenteraan, keputusan itu bersifat peribadi.

“Sama ada beliau bercakap sedemikian tanpa berfikir panjang atau membuat kenyataan tanpa sebarang perbincangan, namun apa yang dinyatakan adalah sesuatu yang melampaui batas,” kata Lavrov.

Katanya, Rusia  percaya peranan EU beralih  semasa krisis di Ukraine. Sebelum ini blok tersebut tidak bertindak sebagai organisasi ketenteraan yang ‘berjuang secara kolektif menentang ancaman yang direka-reka’.

“Ini adalah hasil tekanan AS yang mendesak EU supaya bekerjasama lebih rapat dengan NATO,” kata Lavrov. – Agensi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 08:59 AM | Show all posts
mmg si AS ni sapa taktau, diorang buat semua btol kalau org lain buat boley jadi salah. PBB pon mana ada fungsi pon, hanya take action kalau diorang nak je,

apa2 pon kalau 3 negara dunia ni berperang mmg boleh jadi world war 3 lah. laa pon AS dah ketaq ruble russia sandarkan pada emas mmg lemah dah la dollar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 09:07 AM | Show all posts
How does it feel
When you treat me like you do
And you've laid your hands upon me
And told me who you are?
I thought I was mistaken
And I thought I heard your words
Tell me, how do I feel?
Tell me now, how do I feel?

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 09:29 AM | Show all posts
selayaknyalah AS dicerca ummah seantero galaksi bima sakti dan sekutunya
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab itu ikut suka hati nak bomb... Sebab tidak dapat apa dia mahu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2022 10:50 AM | Show all posts
eloklah lagi amerika yg dominasi drpd komunis
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 11:09 AM | Show all posts
usa dah lama dah tak mendominasi dunia since trump rasenye. tu yg trump gigih jadi kawan baik kim jong un takut kene bom atom ngan SK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 11:41 AM | Show all posts
yg beria dok ngutuk amerika tu dah sedia ke nak kena kontrol dgn blok komunis pasni??..kalo china overtake US as superpower, laut china selatan tu bye2 jelah,bila2 masa prc kumunis boleh ambik
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang snggup ek duk bwh pemerintahan komunis mcm korea utara.  Hebakkk lah koranggg
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:54 PM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 14-4-2022 12:50 PM
Korang snggup ek duk bwh pemerintahan komunis mcm korea utara.  Hebakkk lah koranggg

aku tak rasa maksud dia 100% komunis cam NK tu, mgkn negara sosialis...  
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:55 PM | Show all posts
apa2 pn selamat maju jaya untuk RUssia, kalao betul usaha tu, berjaya lah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
suka lagi ai amerika dari russia .putin tu dah la girlfriend dia murtad .geng dia china pulak buli negara asia tengara.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 03:45 PM | Show all posts
Old World Order to New World Order
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.055175 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list